BAB 2
“LETIH betullah,” rungut
Chong Lie ketika masing-masing membaringkan badan di atas pasir pantai yang dingin.
Di raut kedua-dua tangan ke wajahnya untuk mengesap air peluh yang mengalir di
alur pipi.
“Tadi kau juga yang
bersungguh-sungguh hendak bermain di pantai,” balas Daniel membantah keluhan
Chong lie itu. Dia menggelengkan kepala melihat telatah Chong Lie yang mula
telentangkan badannya di atas pasir pantai yang kekuningan. Bersih dan dingin sekali
bila tersentuh kulit badan yang dipenuhi air peluh.
“Yalah Abang Daniel,” sokong Sofia yang berada di
sebelah Aina.
Aina dan Lokman mengangguk setuju.
Chong Mie berdiam diri sahaja.
“Saya bukan menyesal datang ke pantai petang
ini Abang Daniel,” potong Chong Lie
kembali.
“Habis tu?” soal Aina pula.
“Memang saya rasa benar-benar letih.
Tapi….” terhenti begitu sahaja bicara Chong Lie.
“Tapi apa?” giliran Daniel pula
bersuara.
“Tapi saya amat gembira sekali
petang ini. Saya rasa hari inilah yang paling menarik bermain di pantai.
Bermain kejar-kejar pulak tu. Walaupun rasa letih di badan, yang pasti di hati
terasa teramat puas. Lebih-lebih lagi lepas bermain kita dapat terus menghirup
angin petang yang bertiup lembut dan nyaman.” panjang lebar pula Chong Lie
utarakan bicaranya.
“Itu aku sokong Chong Lie,” balas Aina pula.
“Chong Lie! Bukan engkau sahaja yang
rasa letih. Kamipun rasa sama seperti mana kamu rasakan,” terang Daniel seolah-olah memberi semangat baru kepada
Chong Lie yang mungkin terasa tertekan tadi. Jejari tangannya diletakkan di
atas bahu Chong Lie. Di urut lembut dan menyebabkan tubuh Chong Lie mengeliat
kerana kegelian.
“Itu saya tau,” Chong Lie bersuara
sambil dibibirnya terukir sebuah senyuman.
Angin petang terus bertiup. Segar.
Ini membuatkan mereka yang sedang berihat begitu tenang setelah hampir setengah
jam bermain kejar-mengejar. Masing-masing menghalakan pandangan ke arah air
laut yang membiru.
Di tengah lautan kelihatan jelas
unjam-unjam nelayan yang di buat daripada buluh dan disertakan beberapa
pelampung yang agak besar. Beburung lelayang pula banyak berterbangan
disekitarnya. Mungkin sedang memerhati kawanan
ikan yang singgah di unjam itu dan mencari peluang untuk dijadikan
santapan.
“Daniel! Kau sudah kumpul batu-batu
kerikel untuk dihiaskan di Taman Sains sekolah kita tu,” tiba-tiba Aina
mengunsurkan perkara yang tidak di duga. Semua mata beralih ke arah Aina. Aina mengerutkan wajahnya
seolah-olah dia melakukan kesalahan bila melihat reaksi rakan-rakannya itu.
“Apa dia Aina?” tanya Daniel
kembali.
“Kau sudah kumpul batu-batu kerikel
untuk dihiaskan di dalam taman Sains sekolah,” ulang Aina tegas. Tangannya
mengutip beberapa jenis kulit kerang yang berada di hadapannya. Kemudian
dilemparkan ke arah beberapa ekor ketam
kecil yang sedang merayap.
“Itu kau tanya Lokman,” jawap Daniel
selamba.
“Kenapa tanya Lokman pulak.Kan tugas
itu Cikgu Najia serahkan kepada engkau,” hairan Aina seketika. Pandangannya
beralih ke arah Lokman. Mencari jawapan
yang lebih jelas.
Daniel tersenyum mendengar celoteh Aina itu. Kemudian pandangannya
beralih ke arah Lokman. Giliran Lokman
pula tersenyum. Aina semakin tidak mengerti
akan ragam rakan-rakannya itu.
“Apa pulak tersenyum sumbing ini.
Apa salahkah aku bertanya tentang itu,” akhirnya Aina membantah. Dia
betul-betul geram bila diperlakukan begitu.
“Siapa kata salah Aina,” jawap
Lokman tegas.
“Habis?” tekan Aina yang semakin
cemas.
“Yang sebenarnya kami berdua paling
gembira dengan sikap kau, Aina,” kata Daniel jelas. Dia bermain mata dengan
Lokman. Lokman tersenyum panjang. Dia sangat suka bila melihat wajah Aina bila
dia tidak berpuashati.
“Apa yang menarik pada aku?” soal
Aina ingin tau.
“Sikap kau yang suka ambil berat dan
menjadi daya ingatan kepada orang-orang yang berada disekeliling kau,” ucap
Lokman untuk meredakan perasaan yang sedang melanda Aina. Naik kasihan pula
bila dia melihat wajah Aina yang semakin kemerahan hingga ke telinga.
“Daniel! Aku sebenarnya tidak mahu
tengok engkau di marah oleh cikgu kerana tidak dapat menyiapkan apa yang
disuruh,” kata Aina lagi. Jejari tangan kanannya mengutip satu demi satu kulit
kerang yang terdampar di pasir pantai dengan lebih banyak lalu dikumpulkan di
hadapannya.
“Itukan tugas aku Aina. Aku mesti
menyiapkan tugas aku itu. Tugas yang menjadi sebahagian dari tanggungjawap yang
mesti aku pikul demi kebaikkan kita yang berada dalam kelas Enam Bestari.”
jawap Daniel lebih yakin. Di dalam hatinya tidak ada sedikitpun untuk
menghampakan rakan-rakan di kelas dengan amanah yang diberikan kepadanya.
Sekali mengecewakan orang, pasti orang tidak mempercayakan kita lagi. Dia tidak
mahu itu terjadi. Lagipun selama ini dia selalu dijadikan pelajar contoh. Dia
tidak mahu menjatuhkan imej yang telah dikurniakan oleh guru-guru dan pelajar
disekolahnya.
“Habis kenapa engkau suruh aku
bertanya Lokman tentang itu. Sedangkan tugas itu tugas engkau. Bukan tugas
Lokman,” ujar Aina lagi.
“Yang sebenarnya aku lebih suka membuat kerja
secara beramai-ramai. Lagipun jika di buat secara begini aku akan mendapat
lebih banyak teguran dan pandangan untuk menyiapkan kerja itu dengan sempurna.
Jadi aku kumpulkan batu kerikel itu bersama Lokman. Lagipun aku lebih serasi
bila membuat sesuatu dengan Lokman,” jeling Daniel kepada Lokman yang tersenyum
mendengar ucapan yang keluar dari bibir Daniel itu. Aina mengangguk puas
mendengar keterangan yang diberikan oleh Daniel itu.
“Kamu berdua memang hebat,” puji
Aina dengan apa yang telah dilakukan oleh kedua temannya itu.
“Kau pula sudah mencari
gambar-gambar yang hendak di gantung di dalam bilik darjah kita tu?” soal
Daniel pantas.
Aina tersenyum.
“Sudah. Aku juga melakukan bersama rakan-rakan
perempuan yang berada di bilik darjah kita itu. Setakat ini kami sudah kumpul
hampir lima
belas buah lukisan dan gambar yang sesuai di gantung di dalam bilik darjah kita
itu.
“Baguslah kalau begitu. Nampaknya di
dalam kelas kita ada kerjasama yang erat,” Lokman bertambah riang petang itu.
“Itu yang kita patut di buat oleh
semua pelajar untuk menjayakan segala aktiviti yang dijalankan di sekolah,”
tokok Daniel lebih yakin.
“Boleh aku serahkan gambar-gambar yang
aku punya untuk digantung dalam kelas
kita tu,” unsur Lokman.
“Apa salahnya. Itu lebih baik dari
tersimpan di dalam rumah. Dapat juga kita ambil iktibar bila di gantung
gambar-gambar itu nanti,” Aina bersetuju dengan hasrat hati oleh Lokman itu.
“Betul kata kau tu Aina,” sokong
Daniel.
“Kalau begitu aku akan serahkan
kepada Aina esok,”balas Lokman lebih bertenaga.
“Abang Daniel!” tiba-tiba suara
Chong Lie memecah. Tegas. Ini membuatkan kerancakan ketiga-tiga rakan sekelas
itu terhenti.
“Apa dia Chong Lie?” balas Daniel
pantas.
“Bila Cikgu Jiman nak buat
perkhemahan Pengakap sekolah kita,”unsur Chong Lie perlahan.
“Yalah Abang Daniel. Sofia juga ada dengar
khabar angin yang Cikgu Jiman nak buat perkhemahan pangakap dua minggu lalu.
Tentu Abang Daniel tau perkara itu maklumlah orang kuat persatuan itu,” tambah Sofia menyokong unsur
Chong Lie.
Daniel tersenyum mendengar bicara
adiknya itu.
“Sememangnya Cikgu Jiman dan
Jawatankuasa persatuan pengakap sekolah kita ada bincang soal itu Chong Lie,”
jawap Daniel tergantung.
“Habis bila Cikgu Jiman nak buat
perkhemahan itu,” potong pula Chong Mie yang berdiam diri sekian lama. Mungkin
tertarik juga pertanyaan saudara
kembarnya itu.
“Mengikut persetujuan perkhemahan
itu akan diadakan pada penghujung bulan depan,” jawap Daniel tegas.
“Wah, kalau macam ini ada peluang
kita berkhemah lagi tahun ni,” gembira bukan kepalang Chong Lie bersaudara dan Sofia .
“Tapi kata Cikgu Jiman lagi
perkhemahan itu akan dibatalkan jika…”
“Jika apa Abang Daniel ,” potong
Chong Lie lagi.
“Jika keputusan peperiksaan sekolah
kita untuk penggal kedua merosot. Oleh itu Cikgu Jiman harap kita semua lebih
rajin mengulang kaji pelajaran untuk menghadapi peperiksaan yang akan
dijalankan nanti,” terang Daniel jelas. Yang lain-lain tekun mendengar
penjelasan Daniel itu.
“Itu cadangan yang menarik. Ianya
juga boleh dijadikan bekal perangsang untuk kita lebih maju dalam pelajaran
kita,” balas Lokman menyambut kenyataan yang dikeluarkan oleh Daniel tadi.
“Mana mana pendapat adik-adik
sekelian,” tambah lagi Aina.
“Sudah tentu kami menyambut cabaran
Cikgu Jiman itu.” jawap Sofia
tegas. Chong Lie dan Chond Mie mengangguk setuju akan kata-kata Sofia itu.
Daniel dan Lokman tersenyum
mendengar satu cabaran dari adik-adik yang berada di samping mereka itu. Tapi
mereka tahu adik-adik yang berada di hadapan bukan sebarang orang. Selama ini
mereka tidak ada yang mengalah bila di cabar membuat sesuatu perkara. Inilah
yang membuatkan mereka sungguh bangga.
Terutama Chong Mie dan Chong Lie
yang selalu meminta tunjuk ajar dalam semua perkara. Terutamanya tentang adab
resam kehidupan orang-orang Melayu. Si kembar ini mudah masuk dalam masyarakat
Melayu. Sama macam ibubapanya. Tidak segan-silu beramah mesra dengan masyarakat
kampung.
Bila ada kenduri-kendara di kampong,
ibubapa Chong Mie dan Chong Lie akan turut serta memeriahkannya. Dan bila
tibanya hari raya juga sama-sama meraikannya. Semangat perpaduan kaum sangat
dititik-beratkan oleh masyarakat kampung ini agak terus aman damai.
“Heh…aaapaa tuuu…” tiba-tiba Chong
Lie bersuara cemas.
“Mana?” soal pula Lokman. Matanya
liar melihat ke arah yang ditunjukkan oleh Chong Lie. Yang lain juga begitu.
“Tu…tepi air ombak,” balas Chong Lie
sambil jejari telunjuk tangan kanannya terus lurus menunjukkan apa yang
dilihatnya.
Dan serentak mereka bangun. Ingin
melihat lebih jelas.
“Jom kita pergi lihat,” unsur Aina
pantas kerana tidak berpuas hati dengan apa yang dilihatnya.
“Tapi kita sudah berjanji tidak akan
bermain air ombak,” balas Sofia
mengingatkan orang yang berada disekelilingnya itu.
“Itu memang janji kita. Kita pergi
ke tepi air ombak kali ini hanya untuk melihat apa yang terdampar tepi air tu.
Bukan hendak bermain air ombak,” balas Daniel pula.
“Yalah Sofia . Kita hanya hendak
melihat sahaja. Bukan kita bermaksud hendak bermain air ombak,” ulang Aina
menyokong Daniel.
Lekas-lekas mereka menuju ke
arah benda yang ditunjukkan oleh Chong
Lie tadi. Terpegun mereka melihat apa yang terdampar di depan mereka itu.
Apakah benar apa yang dilihat oleh mereka itu?
Tak di sangka langsung oleh mereka dengan apa yang mereka lihat kali
ini. Ini membuatkan suasana petang itu bertambah menarik dengan kehadiran yang
tidak disangka-sangkakan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan