Selasa, 3 Mei 2016

NOVEL KANAK-KANAK: TIRAI KASIH BAB 12

BAB 12

“KITA tidak boleh menyimpan anak penyu ini lebih lama Daniel,” kata Lokman serius.
            Daniel terdiam. Kemudian dia mengalihkan pandangannya seketika ke  arah anak penyu yang sedang gagah berenang. Kemudian dia mengalihkan pandangannya semula ke arah Lokman, Sofia, Aina dan sepasang kembar yang mengelilingi dirinya.
            “Kenapa kita tidak boleh menyimpannya?” soal Daniel ragu-ragu akan kenyataan yang diberikan oleh Lokman tadi.
            “Yalah Abang Lokman. Kamipun ingin tau juga kenapa kita tidak boleh menyimpan anak penyu ini,” kini giliran Chong Lie pula bersuara. Yang lain-lain mengangguk setuju akan pertanyaan Chong Lie itu.
            “Engkau orang nak tau kenapa sebabnya,” sekali lagi Lokman bersuara. Di pandang kesemua wajah-wajah yang berada di sekelilingnya itu. Wajah-wajah yang menanti dengan penuh harapan jawapan yang sedang bermain dalam benaknya. Naik kasihan juga bila dia melihat wajah-wajah itu.
            “Sudah tentu kami ingin tau,” Aina pula bersuara lebih tegas.
            “Baiklah aku boleh beritahu sebabnya. Selepas ini kamu semua boleh berfikir lebih panjang akan nasib anak penyu ini,” terang Lokman yang ternyata membawa satu lagi tanda tanya kepada rakan-rakan yang berada disampinginya itu. Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal dan memegang batang hidungnya yang agak mancung.
            “Fikirkan apa lagi Lokman?” unsur Daniel tegas dan tidak berpuas hati dengan gelagat rakannya itu.
            “Fikirkan tentang nasib anak penyu ini,” ulang Lokman lagi.
            “Kan anak penyu ini selamat berada di dalam tangan kita sekarang,” balas Chong Mie pula dengan wajah yang agak tegang.
            “Betul kata Chong Mie itu,” tambah Sofia yang juga bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleg Chong Mie tadi.
            “Memang buat masa ini anak penyu ini selamat berada di dalam jagaan kita. Tapi hari esok kita tidak tau lagi?” tegas Lokman lebih serius.
            “Semalam aku ada terbaca satu rencana yang menarik perhatian aku,” ucap Lokman tiba-tiba.
            “Tentang apa Abang Lokman?” soal Sofia pula. Dia mula tertarik dengan penjelasan Lokman itu. Dia menanti dengan sabar penerangan yang seterusnya dari Lokman. Dia benar-benar ingin tau apa yang bakal dijelaskan.
            “Tentang binatang perlindungan pihak yang berkuasa,” jawap Lokman bernada agak tegas dan bersungguh-sungguh.
            “Habis tu?” Aina pula mula tertarik akan kata-kata Lokman itu.
            “Di  sini aku nak beritahu bahawa anak penyu ini adalah salah satu binatang perlindungan pihak berkuasa. Sesiapapun tidak dibenarkan memeliharanya.” Jelas Lokman tanpa berselindung.
            “Ooohhhh… begitu rupanya, fahamlah kami sekarang,” ulas Daniel . Terangguk-angguk kepalanya tanda faham.
            “Habis macam mana dengan nasib anak penyu ini.” unsur Aina pantas.
            “Apa kata kalau kita lepaskan saja anak penyu ini ke laut,” unsur Lokman selamba.
            Masing-masing terdiam bila mendengar unsur Lokman itu. Masing-masing memikirkan apa yang patut dilakukan terhadap anak penyu itu. Keadaan sebegini amat menyakitkan hati mereka. Bukan senang mereka hendak menjaga anak penyu. Banyak perkara mereka korbankan demi anak penyu itu.
            “Tapi Abang Lokman…” terhenti begitu sahaja bicara Sofia. Di ramas-ramas jejari tangannya untuk menenangkan hatinya yang semakin resah bila mendengar berita tergempar ini.
            “Tapi apa lagi Sofia?” Tanya Daniel kepada adiknya itu.
            “Tapi Sofia sayangkan anak penyu ini…”
            “Ingat apa Lokman kata tadi. Sofia!!! Memang  kita semua sayangkan akan penyu ini. Tapi kita terpaksa juga melakukannya. Anak penyu ini termasuk dalam senarai binatang yang dilindungi oleh pihak yang berkuasa. Bersalah kita jika memeliharanya. Apa  Sofia sanggup ditangkap oleh pihak berkuasa,” terang Daniel panjang lebar. Yang lain-lain tertunduk kaku.
            “Sofia tidak mahu di tangkap oleh pihak berkuasa. Sofia takut abang Daniel.,” jawap Sofia perlahan menahan tangis.
            “Taupun takut,” kata Daniel bernada sindiran.
            “Daniel, kita tidak ada masa panjang untuk memikirkan soal anak penyu ini. Kita mesti membuat keputusan segera mengenai nasib anak penyu ini,” Aina mengambil kesempatan waktu terluang dari kehibaan mereka memikirkan nasib anak penyu yang berada di samping mereka itu.
            “Apa kata kita setuju saja akan cadangan Lokman tadi,” jawap Daniel tegas.
            “Apa kata adik-adik kita semua,” soal Aina kepada Sofia. Kemudian pandangannya beralih ke arah Chong Mie dan Chong Liu yang sejak tadi berdiam diri.
            “Abang Daniel! Chong Lie rasa kita tidak patut melepaskan anak penyu ini,” unsur Chong Lie tiba-tiba.
            “Kenapa pulak Chong Lie?” tegas Lokman terkejut akan kata-kata yang terbit dari bibir Chong Lie.
            “Bagi Chong Lie anak penyu ini masih kecil untuk dilepaskan ke laut. Ianya mungkin tidak selamat bila berada di tengah laut nanti”
            Masing-masing terdiam. Memang ada benarnya pandangan Chong Lie itu. Tak terfikir pula soal itu di benak mereka tadi.
            “Habis apa kita nak buat sekarang?” Aina mencari pandangan rakan-rakannya lagi.
            “Apa kata kita membelanya lebih lama lagi.” potong Chong Mie pula.
            “Kita tidak boleh membelanya lebih lama. Kalau kita membelanya lebih lama bermakna kita menempah lebih banyak kesusahan,” terang Daniel bernada sayu.
            “Kalau macam ni susahlah kita,” Sofia pula menambah.
            “Haaah! Apa kata aku beri satu cadangan,” bersuara pula Aina.
            “Apa dianya?” tegas lagi Lokman.
            “Apa kata kita serahkan anak penyu ini kepada pihak berkuasa,” lepas Aina disertakan sebuah senyuman di bibirnya.
            “Satu cadangan yang amat baik,” jawap Lokman tanda setuju akan cadangan Aina itu. Manakala  Daniel termenung  bila mendengar cadangan Aina itu. Sofia, Chong Lie dan Chong Mie menjadi pemerhati setia.
            “Apa kata kau Daniel?” soal Lokman kepada Daniel yang terdiam itu.
            “Satu cadangan yang bagus Aina. Aku setuju akan cadangan kau itu,” jawap Daniel sambil mengangguk kepalanya.
            Sofia, Chong Mie dan Chong Lie mengikut sahaja apa yang telah dilakukan oleh Daniel tadi menandakan mereka juga bersetuju akan cadangan itu.
            “Habis bila kita nak serahkan anak penyu ini?” Aina bersuara lagi untuk memancing pandangan rakan-rakannya itu.
            “Apa kata kita serahkan anak penyu ini hari esok,” unsur Daniel pantas.
            “Aku setuju,” jawap Lokman pula.
            “Sofiapun setuju!”
            “Kamipun setuju!” serentak Chong Lie dan Chong Mie menjawap.
            “Ainapun setuju kita serahkan anak penyu itu esok. Lagi cepat lagi baik kerana kita akan terlepas dari satu kesalahan yang bukan sengaja kita lakukan.”
            “Yalah Aina. Itulah yang kita harapkan,” jawap Lokman agak gembira bila mencapai kata sepakat dalam siding perbincangan mereka kali ini.
            “Tapi Abang Lokman…” Terhenti lagi bicara Sofia.
            “Tapi apa lagi Sofia?” geram Daniel terhadap karenah adiknya itu.
            “Tapi kita akan sentiasa merindui anak penyu ini,”
            “Ya Sofia, kita akan sentiasa merindui anak penyu ini. Tapi sedarkah kita selama ini membuat satu kesalahan dalam sepanjang memelihara anak penyu ini?” soal Aina tergantung.
            “Kesalahan apa lagi Kak Aina?” soal pula Chong  Lie yang ternyata tidak faham akan kenyataan Aina itu.
            “Kesalahan itu kita lakukan demi kebaikkan anak penyu ini,”Aina menuturkan lagi bicaranya.
            Lokman dan Daniel tersenyum faham. Manakala Sofia, Chog Lie dan Chong Mie masih terpinga-pinga tidak faham akan bicara Aina tadi.
            “Chong Lie masih tidak faham Kak Aina. Apa kesalahan yang telah kita lakukan itu”
            “Cuba Chong Lie fikir lama-lama apa yang telah kita lakukan demi kebaikkan anak penyu ini,” unsur Aina sekali lagi.
            “Sudah Chong Lie fikirkan. Tapi tak terfikir langsung apa yang kakAina maksudkan itu.”
            “Kak Aina berterus-terang sahaja kepada kami bertiga. Kamipun nak tau jugak apa yang telah kita lakukan itu,” sambung Sofia pula.
            “Baiklah kalau begitu. “ jawap Aina sambil tersenyum menatap telatah ketiga-tiga yang kelihatan bersungguh-sungguh hendak mendengar penerangannya itu.
            “Kesalahan itu  kita lakukan terhadap keluarga kita,” jawap Aina perlahan sambil melihat reaksi ketiga-tiga yang sedang menanti tutur katanya  tadi.
            Termenung Chong Lie, Chong Mie dan Sofia bila mendengar bicara Aina itu.
            “Apa kesalahan yasng kita lakukan,” ulang Sofia perlahan.
            “Kakak Aina beritahu saja kepada kami ni,” balas  Chong Lie pula.
            “Kakak Aina, kamipun tidak ada kuasa lagi untuk memikirkan soal ini,” tambah Chong Mie .
            “Baiklah kakak Ainapun naik kasihan jugak melihat kamu semua”
            “Cepatlah Kak Aina apa yang menjadi kesalahan kita itu?” Chong Mie tidak sabar-sabar lagi ingin mendengar jawapan dari Aina.
            Aina tersenyum lagi. Di belai rambut yang  panjang paras belakang itu menutup wajahnya bila di tiup angin.
            “Kak Aina boleh menjelaskan kepada kamu bertiga. Adakah kamu tidak berasa bersalah kepada kedua ibu bapa kita kerana bercakap bohong kepada mereka di setiap kali kita ke pantai. Apakah adik-adik semua tidak berasa bersalah bila mengambil harta benda di rumah kita tanpa memberitahu kepada ahli keluarga kita,” terang Aina lancar.
            Terangguk mereka bertiga dengan penjelasan yang diberikan oleh Aina itu.
            “Kami faham sekarang Kak Aina. Kamipun berasa bersalah tentang perkara itu.” jawap ketiga-tiga rakan sebaya itu serentak sambil mengurut dada masing-masing setelah puas mendengar penjelasan yang di berikan oleh Aina  tadi.
            “Habis tu apa tugas kita selepas ini,” soal Daniel pula agak rakan-rakannya tidak lalai dengan apa yang harus mereka buat selepas ini.
            “Tugas kita ialah berterus-terang kepada ahli keluarga kita dan meminta maaf di atas kesalahan yang telah kita lakukan selama ini,” jawap Lokman bersamangat penuh yakin agar unsurnya diterima sebulat suara oleh rakan-rakan.
            “Betul tak adik-adik semua?” lantang Aina pula.
            “Betul!” jawap mereka bertiga.

            Daniel tersenyum kepada Lokman. Lokman dengan pantas memegang tangan Daniel. Kemudian diikuti pula rakan-rakan yang lain. Bersepakat dalam segala hal. Itulah prinsip yang selalu mereka amalkan dalam menyelesaikan masalah yang datang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan