Selasa, 3 Mei 2016

NOVEL KANAK-KANAK: TIRAI KASIH (BAB 1)

NOVEL: TIRAI KASIH
KARYA: MOHD NAZRI ALI


BAB 1
ANGIN Tenggara bertiup kencang. Dedaun pokok kelapa melambai-lambai tanpa henti. Di sudut kanan sebuah rumah kayu yang sederhana besar kelihatan Mak Piah begitu tekun mengunting ranting Pokok Bunga Kertas di halaman depan rumahnya. Sesekali dia mengesat peluh yang mengalir diwajahnya. 
            Sesekali dia menjeling ke arah dua orang anaknya yang sedang rancak berbual di bangku yang di buat suaminya di bawah pokok Ketapang yang berada di sudut kiri rumahnya itu.
            “Abang sudah selesai buat kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu?” tanya Sofia tiba-tiba. Di pandang wajah abangnya ingin tau. Daniel membalasnya dengan wajah yang berkerut.
            “Tanya kita pulak. Dia tu macam mana?” balas Daniel pula. Dia seolah-olah tidak berpuashati dengan apa yang diunsurkan oleh adiknya itu. Bukankah selama ini adiknya tau akan perangainya selama ini.
            “Kalau saya tidak siap, saya tidak bertanya pada abang pulak,” balas kembali Sofia. Dia tau tentu abangnya tidak senang dengan pertanyaannya itu. Dia masak benar dengan nada tutur kata abangnya itu. Macam mana tutur katanya ketika marah mahupun sebaliknya.
            “Kalau begitu baguslah. Abang pun sudah selesai buat kerja sekolah yang diberikan oleh guru pagi tadi,” tegas Daniel.
            Sofia tersenyum mendengar jawapan yang diberikan oleh abangnya itu. Dia berasa bangga mempunyai seorang abang seperti abang Daniel. Abang Daniel adalah tempat dia mengadu hal kiranya dia tidak dapat menyelesaikan sesuatu kerja sekolah maupun mengalami apa-apa masalah yang lain. Tambahan pula abang Daniel mudah di bawah bicara.
            “Abang Daniel!” panggil lagi Sofia. Dia sudah bersedia lebih awal kalau-kalau abangnya naik angin. Dia tau abangnya bukanlah seorang pemarah yang teruk. Marah abangnya itu cepat reda. Lagipun marahnya ada tempatnya. Dia tidak marah sesuka hatinya.
            “Apa lagi Sofia?” Daniel memandang tepat ke wajah Sofia. Sofia buat selamba sahaja seolah-olah tiada perasaan takut dan gentar kalau-kalau abangnya itu melenting seperti tadi.
            “Abang rasa jemu tak duduk-duduk begini aja?” ucap Sofia lembut.
            Daniel mengerutkan wajahnya. Ia cuba menyelam dasar hati naluri adiknya ketika itu. Tapi dia buntu akhirnya. Di pandang keliling ruang depan rumahnya seketika. Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.
            “Abang pun berasa jemu. Habis apa yang yang harus kita buat?” balas Daniel yang meniyakan kata-kata adiknya itu.
            “Kita bantu emak bersihkan halaman rumah,” cadang Sofia sungguh-sungguh.
            Daniel memandang ke wajah Sofia lagi. Kemudian satu dengusan muncul.
            “Abang rasa malaslah. Lagipun itu kerja orang perempuanlah,” dalih Daniel sambil membelai rambutnya dengan jejari tangan kanan.
            “Apa salahnya kita bantu emak. Ringan sikit beban emak tu.” desak Sofia lagi.
            “Kalau Sofia nak bantu emak pergilah. Abang nak baca novel yang abang pinjam dari perpustakaan pagi tadi.”  dalih lagi Daniel dengan lebih menekankan suaranya agar adiknya faham akan pendiriannya.
            “Ikut suka abanglah. Sofia pergi dulu,” tanpa berlengah-lengah lagi Sofia berjalan menuju ke  arah emaknya. Daniel memerhati sahaja di setiap  langkah Sofia itu.
            “Kerja rajin-rajin. Nanti dapat habuannya.” perli Daniel dan sedetik kemudian kedengaran gelak-tawanya. Sofia mendengus. Geram dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh abangnya itu. Tetapi dia tidak ambil hati sangat kerana dia sudah masak dengan perangai abangnya itu. Seorang abang yang suka mengusiknya. Tapi dia akan sunyi jika abangnya itu tidak ada disampingnya. Oleh itu dia mesti bersabar dengan kerenah abangnya itu.
            Mak Piah memerhati saja kelakuan anak lelakinya itu. Dia amat senang melihat kebahagiaan yang dikecapi oleh kedua –dua anaknya itu. Mak Piah menggeleng-gelengkan kepala bila  melihat gaya lenggang-lengguk Sofia menuju kearahnya.
            “Kenapa Abang Daniel ketawa tadi?” tanya Mak Piah setelah sekujur tubuh milik Sofia menghampirinya.
            “Apa lagi Abang Daniel kalau tidak perkenakan Sofia,” jawap Sofia lembut.
            “Biarkan abang Daniel kau tu. Hari ini hari dia. Suatu masa nanti sampai giliran Sofia perkenakan dia pulak,” pujuk Mak Piah pula.
            “Tuhan itu maha adil mak,” tambah Sofia.
            “Taupun anak emak,” satu cubitan Mak Piah singgah di pipi anak kesayangannya itu.
            “Boleh Sofia tolong mak?”
            “Apa salahnya?” jawap Mak Piah pantas.
            “Apa yang perlu Sofia lakukan mak?”
            “Sofia ambil ranting-ranting pokok bunga yang telah emak potong, kemudian dibuangkan ke dalam lubang yang ayah kau gali semalam di belakang rumah tu.” arah Mak Piah  terang dan jelas.
            “Baiklah mak,” jawap Sofia tanpa berlengah-lengah lagi lalu membuat apa yang di suruh oleh emaknya itu.
            Sesekali Sofia menoleh ke arah Daniel yang sedang menghayati isi kandungan novel yang sedang di pegang kemas di tangan. Dia tau abangnya bila menatap novel pasti tidak ingatkan orang sekeliling. Lebih-lebih lagi membaca novel berunsurkan sains.
            “Menarik tak ceritanya Abang Daniel?” tanya Sofia spontan. Dia betul-betul rasa tidak diendahkan oleh abangnya itu. Dia seolah-olah tunggul kayu yang terpacak di depan abangnya itu. Dia bertambah geram lagi bila tidak sedikitpun abangnya memandang ke arahnya.  Hatinya kian rasa kepanasan. Dia pantas mencuit lengan abangnya itu agar diberikan jawapan dengan apa yang ditanyanya itu. Bukannya susah untuk menjawap pertanyaannya sebentar tadi.
            “Mengacau betul dia ni. Kalau nak buat kerja  tu buatlah sungguh-sungguh,” jerkah Daniel agak kuat kerana cuitan Sofia itu betul-betul menganggu keralitannya menghayati isi kandungan novel di tangannya itu.
            “Sofia tanyapun marah,” cetus Sofia lembut mencari simpati dan berasa kesal dengan apa yang telah  diperlakukan oleh abangnya sebentar tadi. Namun tahap kesabaran masih ada  di dalam dirinya.
            “Nak bertanya tak salah. Yang salah caranya.” jawap Daniel yang mula kemerahan wajahnya.
            “Maafkan Sofia abang. Bukan maksud Sofia nak buat abang terkejut tadi,” perlahan suara Sofia memohon maaf. Dia memang sedar kesalahannya itu. Tapi abangnya tidak patut menjerkahnya. Dia melakukan perkara kecil sahaja. Bukan sakitpun.
            Daniel mendiamkan diri. Malas dia hendak melayan adiknya itu. Tapi bila melihat wajah sedih didepannya itu naik kasihan pulak dihatinya.
            “Baiklah. Abang maafkan. Lain kali jangan buat begitu lagi.”  Daniel cuba mengurangkan ketegangan yang sedang dialami adiknya. Dia juga tidak suka melihat wajah sedih yang ditunjukkan oleh adiknya itu. Dia mudah naik kasihan. Itulah kelemahan yang dimiliki apabila berhadapan suasana sedih dan muram.
            Sofia mengangguk faham. Daniel  menyambung kembali bacaan novelnya.
            “Apa lagi abang kau tu Sofia?” soal Mak Piah. Dia  faham benar dengan sikap anak lelakinya itu. Pantang diganggu pasti kena habuannya. Lain pula dengan Sofia. Penuh dengan sifat manja dan lemah lembut. Hatinya yang mudah tersentuh tapi mudah dipujuk.
            “Sofia yang bersalah mak,” jawap Sofia ikhlas.
            “Apa yang telah Sofia buat hingga abang marah begitu. Emak lihat sofia tidak melakukan apa-apa keselahanpun dari tadi,” hairan Mak Piah akan jawapan anaknya itu. .
            “Sofia menganggu abang yang sedang membaca novel,” jawap Sofia layu.
            “Kalau macam tu jangan ganggu abang kau lagi. Nanti dimarahnya lagi.” Mak Piah menepuk-nepuk dibahu Sofia agar bersabar dengan kerenah abangnya itu.
            “Baiklah mak,” sekali lagi Sofia menganggukkan kepala tanda faham akan teguran emaknya itu.
            Mak Piah dan Sofia menyambung semula kerja membersihkan halaman rumah.  Sesekali kedengaran gelak-tawa mereka berdua sambil tangan tidak lepas melakukan tugas yang menampakkan hampir selesai.
            “Assalamualaikum!” tiba-tiba satu suara memecah. Mak Piah dan Sofia berhenti seketika melakukan kerja dan pandangan mereka terus beralih ke arah suara yang memberi salam tadi. Kelihatan beberapa rakan sekolahnya sedang menuju laju ke laman depan rumahnya.
            “Waalaikumussalam !” jawap Mak Piah dan Sofia serentak. Daniel yang berada jauh dari tetamu yang datang hanya tersenyum saja. Kemudian dia meletakkan novel di atas bangku terus menuju ke arah tetamu yang datang.
            “Hei kawan-kawan,” suara Daniel menyambut kedatangan Lokman, Aina dan sepasang anak kembar berbangsa Cina, Chong Lie dan Chong Mie. Gembira dengan kehadiran teman-temannya itu.
            “Hai Daniel,” jawap rakan-rakan yang datang.
            “Apa khabar Makcik dan Sofia?” tegur Aina  sambil terukir sebuah senyuman dibibirnya menyambut kedatangan Mak Piah dan Aina.
            “Makcik dan Sofia baik aja.” balas Mak Piah pula. Sofia hanya senyum.
            “Apa hal datang tiba-tiba ni?” potong Daniel pantas seperti  orang yang tidak sabar ingin tau.
            “Naik ke rumah dulu anak-anak semua. Barulah enak berbual. Daniel! Ajak kawan-kawan masuk ke dalam rumah dulu. Baru bercerita panjang,” suruh Mak Piah lembut tapi bernada tegas.
            “Baiklah mak, jom! Naiklah ke rumah aku dulu,” ajak Daniel menurut kata-kata emaknya tadi.
            Perlahan-lahan mereka masuk ke dalam rumah menuju ke ruang tamu. Mak Piah pula ke ruang dapur membuat minuman untuk dihidangkan kepada  tetamu anak-anaknya itu. Beberapa minit kemudian Sofia masuk ke ruang dapur mengambil minuman yang di buat oleh emaknya. Mak Piah memerhati sahaja cara Sofia mengambil minuman itu menuju ke ruang tamu.
            “Apa hal kau datang ni,” soal Daniel kembali.
            “Kita orang rasa bosan duduk di rumah,” jawap Lokman perlahan.
            “Habis?” soal Daniel lagi.
            “Kita orang merancang nak pergi ke pantai,” tambah Aina pula. Chong Lie dan Chong Mie mendiamkan diri sambil meneguk minuman yang di bawa oleh Sofia tadi.
            “Ke pantai. Ini  rancangan menarik,” potong Sofia pula.
            “Sudah tentu Sofia. Di pantai kita boleh menyedup udara yang segar dan nyaman,” Chong Lie mula bersuara. Suaranya yang tidak sedikitpun pelat bila bertutur Bahasa Melayu. Apa tidaknya , keluarga Chong Lie tinggal di kampung ini sejak lima puluh tahun yang lalu. Sejak mendiang atuk dan neneknya lagi. Tambahan pula keluarga Chong Lie satu-satunya keluarga keturunan Cina di kampung ini. Setiap hari bertutur di dalam bahasa Melayu.
            “Lagipun kita boleh bermain apa sahaja  yang kita mau,” sambung pula  Chong Mie yang tidak mahu ketinggalan dalam perbualan petang itu.
            “Apa yang kita hendak bermain di pantai nanti?” Soal Daniel pantas.
            “Kita main kejar-kejar. Itukan salah satu cara latihan awal kita untuk menyertai pesta sukan peringkat sekolah nanti.” unsur Lokman yang jelas menampakkan keceriaan diwajahnya.
            Daniel termenung seketika bila mendengar cadangan rakannya itu. Di dalam hatinya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Lokman itu. Ada benar juga cadangan itu.
            “Betul jugak Lokman. Bergeliga betul otak kau ni.” sokong pula Aina tiba-tiba tanpa menunggu persetujuan dari Daniel.
            “Tapi…” terhenti begitu sahaja bicara Daniel. Di pandang sekilas ke wajah semua temannya. Di benak mencari ilham.
            “Tapi apa lagi Abang Daniel?” desak Sofia pula.
            “Sudahkah engkau orang minta keizinan dari keluarga masing-masing untuk pergi ke pantai itu,” tambah Daniel tegas.
             “Kita orang sudah selesaikan perkara itu. Hanya menanti giliran kau aja,” jawap Lokman pantas dan matanya terus tertumpu ke  arah Daniel dan Sofia.
            “Baiklah kalau begitu. Biar aku pergi minta kebenaran dari emak aku dulu. Sofia duduk di  sini,” perintah Daniel tegas. Sofia mengangguk sahaja menerima arahan dari abangnya itu. Dia tidak mahu melakukan kesilapan dan dimarahi oleh abangnya lagi. Dia mesti berhati-hati bila bercakap dengan abangnya itu.
            “Pergilah Daniel. Kita orang sedia menanti,” balas Aina.
            Cepat-cepat  Daniel menuju ke arah ruang dapur. Sedetik kemudian wajah Daniel muncul bersama Mak Piah.
            “Kalau bermain di pantai tu jangan sampai terlewat pulang,” suara Mak Piah bergema setibanya di samping kumpulan anak-anak yang sedang duduk sopan di ruang tamu.
Semua tersenyum gembira mendengar jawapan yang diberikan oleh Mak Piah. Mereka tau Mak Piah seorang ibu yang amat penyayang dan bertimbang rasa terhadap Daniel dan Sofia.
            “Sudah tentu makcik,” jawap Lokman menyambut pesanan Mak Piah itu.
            “Dan satu perkara lagi…”
            “Apa dia mak?” potong Daniel pantas. Tidak sabar-sabar dia mahu pergi ke pantai bersama rakan-rakannya itu. Dia tidak sanggup mendengar bermacam-macam syarat lagi yang dikemukakan oleh emaknya untuk pergi ke pantai.
            “Jangan bermain air laut,” amaran Mak Piah lagi.
            “Baiklah mak,” jawap Daniel dan Sofia serentak. Lega dihatinya kerana itu sahaja yang dimahukan oleh emaknya itu. Satu syarat yang mudah untuk ditunaikan. Lagipun itu semua untuk kebaikkan dirinya dan rakan-rakannya juga. Tambahan pula air ombak sebelah petang sedang pasang besar.
Manakala rakan-rakan yang lain mengangguk faham kata-kata Mak Piah tadi. Perlahan-lahan bangun dari tempat duduk masing-masing setelah selesai minum air Teh yang dibuat oleh Mak Piah lalu menyalami tangan emak kesayangan Daniel dan Sofia itu secara bergilir-gilir.

            Dan serentak mereka turun dari rumah seorang demi seorang. Tertib. Mak Piah tersenyum melihat kemesraan yang terjalin di antara anaknya bersama rakan-rakan sekampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan