BAB 9
“Kita sudah lewat ni
Lokman.”
“Memang lewat pun. Tapi semalam aku
dan Aina sudah cakap pada Chong Lie yang kami akan datang lewat sedikit petang
ini,” balas Lokman yang berjalan di belakang Daniel.
“Yalah Daniel. Aku yakin mereka
tidak risau akan kita semua walaupun terlambat sikit,” sokong Aina pula. Sofia yang berjalan
beriringan dengannya hanya berdiam diri.
“Hai Sofia, kenapa diam saja
nampak.” usik Lokman tiba-tiba.
“Takda apa-apalah Abang
Lokman.”jawap Sofia
ringkas.
“Habis kalau tidak ada apa-apa
kenapa diam memanjang. Tak seperti biasa yang selalu riuh dengan berbagai
topik,” tambah pula Aina sambil memeluk pinggang Sofia lembut. Sofia menggeliat kegelian. Berlari anak dia
agak Aina melepaskan dirinya itu.
“Betul tak ada apa-apa?” tekan pula
Daniel.
“Bukan hari ini abang kenal adik
abang sorang ni.” desak lagi Daniel.
Mana tidaknya di sepanjang jalan ini
pun rambutnya yang agak panjang berterbangan di tiup angin itu.
“Ke Sofia ada simpan rahsia sesuatu
ni.” duga Daniel tiba-tiba.
“Takdalah Abang Daniel ,” bantah Sofia sungguh-sungguh.
“Habis tu kenapa terdiam memanjang?”
soal kembali Lokman.
“Yang sebenarnya Sofia sedang…”
“Sedang apa Sofia,” potong Daniel
pantas.
“Ingat anak penyu ke?” tambah lagi
Daniel.
“Bukanlah!” bantah Sofia keras.
“Habis tu?” Lokman mencelah.
“Beri peluang Sofia bercakap dulu. Jangan terlalu menekan Sofia .” Aina memberi ruang
untuk Sofia
menenangkan diri seketika. Daniel dan Lokman mengangguk faham akan kesilapan
mereka tadi.
“Yang sebenarnya Sofia bimbangkan Si Mie dan Lie. Tentu mereka
dalam kerisauan menanti kedatangan kita semua. Tambahan pulak …” terhenti
seketika bicara Sofia .
Dia menarik nafas perlahan-lahan. Matanya terus memandang kehadapan maklumkah
keadaan jalan kampung nampaknya banyak tidak terurus. Banyak menjadi semak
samun.
Takut juga kalau-kalau ada binatang
berbisa. Baik berhati-hati sebelum kena. Itulah pesan orang tua-tua.
“Apa lagi Sofia ..” desak Daniel.
“Tambahan pula Chong Lie dan Chong
Mie tidak tahu keadaan anak penyu kita tu,” unsur Sofia spontan.
Termenung Daniel. Juga Lokman.
Tiba-tiba sahaja mereka menghentikan langkah masing-masing. Aina terkedu
mendengar perjelasan Sofia
itu.
“Betul jugak kata kau tu Sofia ,” akhirmya Daniel bersetuju dengan apa yang
dikatakan oleh Sofia
itu.
“Aku juga tak terfikir soal itu.”
Sambung pula Lokman.
Jelas di wajah mereka merasa kesal.
“Aku juga terlupa beritahu mereka semalam
ketika membeli barangan dapur yang di suruh oleh emakku semalam,” ucap Aina
kesal.
“Samalah aku ni. Kenapalah jadi
begini?” Lokman menepuk-nepuk tangan kirinya ke dahi.
“Sebab abang dan kakak sibuk dengan
aktiviti-aktiviti dekat sekolah tu. Tambahan pulak berlaku pulak kekecohan
semalam,” hentam Sofia
tegas.
“Habis macam mana keadaan mereka
ketika ni. Tak boleh aku bayangkan..” kendur suara Aina.
“Entahlah aku pun tidak boleh
bayangkan.”
“Habis tu apa yang harus kita buat
sekarang.?” Tegas Lokman yang menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
“Habis apa lagi. Kita jalan lebih
pantas lagi agar cepat sampai ke pantai sebelum Chong Mie dan Chong Lie balik
ke rumahnya.” unsur lagi Sofia
yang semain pintar nampaknya petang itu.
“Jika kita tak sempat jumpa mereka
tentu lebih rumit jadinya.” sambung lagi Sofia .
“Rumit! Rumit apa lagi Sofia ,” soal Lokman pula.
“Takut-takut rahsia anak penyu itu
akan terbongkar.” terang Sofia
jelas.
Sekali lagi mereka terhenti langkah.
Mereka sedar mereka telah melakukan kesilapan kecil tapi boleh mengundang
kemusnahan rahsia yang terpendam selama beberapa hari ini. Perkara inilah yang
harus mereka menghalang berlaku. Namun apa yang mampu mereka buat tika ini.
“Benar juga kata Sofia itu Daniel. Kita harus cepat ke pantai
agar kita masih sempat bertemu Chong Mie dan Chong Lie.” suruh Aina agar
mendesak.
“Itulah yang seharusnya kita buat
tika ini,” tegas lagi Lokman.
“Jomlah!!” perintah Daniel yang mula
mengorak langkah lebih cepat dan sesekali berlari anak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan