BAB 5
SUDAH tiga hari anak penyu
berada di dalam bangsal. Ianya di jaga dengan sebaik mungkin oleh Daniel dan
rakan-rakannya. Ianya menjadi satu
pengalaman yang baru bagi mereka. Bukan senang hendak melihat seekor penyu asli
di depan mata. Biarpun ianya hanya seekor anak penyu.
“Nampak anak penyu ini semakin
cergas, Daniel,” cetus Lokman yang sedang mengadap baldi yang berisi anak
penyu.
“Tentulah, kan kita yang
menjaganya,” jawap Daniel dengan bangganya. Di bibirnya terukir senyuman yang
agak panjang. Gembira melihat anak penyu berada di dalam keadaan sihat.
Chong Lie pula perlahan-lahan
memberi sedikit demi sedikit cebisan rumput laut yang dipotong halus-halus yang
di bawa Aina. Manakala Chong Mie dan Sofia
memerhati saja perlakuan Chong Lie itu.
“Daniel! Kau hendak ke sekolah tak
petang ni,” tanya Aina tegas.
“Rasa-rasanya tidak. Tiada perkara
penting untuk dilakukan di sekolah petang ini. Sebab itulah aku mengajak kamu
semua datang awal ke sini untuk melihat anak penyu kesayangan kita ini.” luah
Daniel agak panjang.
“Aku jugak tidak ada kerja yang
perlu di buat di sekolah. Aku sebenarnya amat sayang anak penyu ini. Kau orang
nak tau aku selalu teringat-ingat anak penyu ini bila hendak tidur malam,”
tambah pula Lokman.
“Saya jugak begitu Abang
Lokman,”serentak suara Chong Lie dan Chong Mie.
“Aku jugak,” ucap Aina.
“Kita semua sama,” sambung Sofia lebih bertenaga.
“Sudahlah jangan bercakap kuat
sangat. Nanti orang dengar susah kita nanti,” perintah Daniel mengingatkan
rakan-rakannya. Serentak jari telunjuk mereka diletakkan di tengah bibir tanda
setuju.
Masing-masing diamkan diri seketika.
“Abang Daniel! Saya sedikit risau tentang anak penyu ini,” ucap
Chong Mie.
“Apa yang kau risaukan,” soal Daniel
ingin tau selanjutnya.
“Tadi semasa kita datang saya nampak
banyak tapak kaki anjing liar,” beritahu Chong Mie sejujurnya.
“Tapak kaki anjing!” terkejut Lokman
mendengar kata-kata Chong Mie itu. Yang lain juga terkejut mendengar berita
terbaru itu. Berita yang membuatkan hati dan jantung mereka tidak tentu perjalanannya.
Boleh membuatkan diri mereka tidak selesa. Berita ini benar-benar boleh
mengacam anak penyu yang berada di samping mereka sekarang.
“Tapak anjing…” ulang Daniel
tiba-tiba. Tangannya pula perlahan-lahan menggosok rambutnya yang tidak gatal.
“Kita tidak perlu bimbang akan
kedatangan anjing liar di pantai ini,” ucap Daniel tanpa ragu-ragu.
“Kenapa kau kata begitu,” soal Aina tidak berpuas hati dengan kenyataan
Daniel itu. Dia menagih jawapan yang lebih pasti. Dia tidak boleh menerima
begitu sahaja kata-kata yang lahir dari bibir rakan-rakannya itu.
“Sebab aku yakin anjing yang datang
ke sini tidak akan mampu masuk ke dalam bangsal ini kerana kita sudah tutup
pintu bangsal rapat-rapat,” hujah Daniel agak memberangsangkan rakan-rakannya
itu.
“Tapi Abang Daniel?” terhenti begitu
sahaja bicara Chong Lie.
“Tapi apa lagi Chong Lie?”
“Tapi kita tidak boleh kata begitu
sahaja Abang Daniel. Kan
kita sudah maklum anjing itu binatang yang ganas. Lebih-lebih lagi dari jenis
yang liar. Tentu ianya akan membuat sesuatu untuk mencari mangsanya,” kata
Chong Lie menekan Daniel. Daniel benar-benar terasa akan tekanan itu. Di dalam
hatinya mula bercelaru. Bila difikirkan kata-kata Chong Lie itu, ada benarnya
juga. Binatang liar memanglah lasak dan ganas. Lebih-lebih lagi bila ianya
kelaparan. Dengan apa cara sekalipun pasti di cari jalannya untuk mendapatkan
habuannya.
“Habis apa yang perlu kita lakukan?”
Soal Aina kepada Chong Lie.
Chong Lie terdiam. Dia juga buntu
memikirkan apa yang bakal dilakukan. Dia tidak berfikir dengan baik jika berada
dalam keadaan tertekan. Dia memerlukan masa yang agak panjang untuk mencari
sesuatu idea, lebih-lebih lagi perkara-kara yang tidak pernah dia alami seperti
sekarang ini.
“Sofia rasa kita tidak mampu
menghalang kegiatan anjing liar itu,” lemah suara Sofia yang mendiamkan diri
sejak tadi. Tertunduk wajahnya ke pasir pantai. Mungkin mengalami debaran yang
hebat di dalam dirinya bila memikirkan soal anak penyu itu bila benar-benar
berlaku perkara buruk.
“Jangan cepat putus asa Sofia . Kita mungkin dapat
jaga anak penyu ini dengan lebih baik.” Ucap Lokman pula.
“Macam mana Lokman?” Soal Daniel
pantas.
“Apa kata kita buat satu Para kayu yang agak tinggi supaya anjing yang
masuk ke dalam bangsal ini tidak dapat mengambil anak penyu.” Seru Lokman
tegas.
“Habis di mana pula kita hendak
mencari kayu untuk membuat Para itu,” Chong Mie pula mencari kepastian.
“Tentang kayu kau orang semua jangan
susah hati. Aku janji akan cari secukupnya,” Lokman membuat pengakuan ringkas.
“Di mana kau nak cari kayu tu,”
sangsi Aina pula.
“Seingat aku di belakang rumah aku
masih terdapat kayu lama yang ayah aku buang,” ucap Lokman yakin.
Perasaan gembira mula muncul di
wajah rakan-rakan yang lain.
“Bermakna satu tugas lagi sedang
menanti kita,” ucap Chong Lie selamba.
“Sudah tentu Chong Lie. Demi anak
penyu kesayangan kita ini,” ucap Lokman menyambung bicara Daniel.
“Habis bila kita hendak membuat para
itu?” Tanya Daniel pula.
“Petang inilah,” tegas Lokman menberi keputusan.
“Sempat siapkah?” sangsi Aina pula.
“Aku pasti dapat disiapkan. Bukankah
kita ini ramai. Kita bergotong-royong menyiapkan para itu.” hujah Lokman lebih
tegas.
“Siapa yang akan pergi ambil kayu di
belakang rumah abang Lokman tu?” soal Chong Lie.
“Tentang kayu tu biar abang dan
Chong Mie pergi ambil,” jawap Lokman pantas.
“Lagipun tentu orang tidak syak bila
aku pergi mengambil kayu itu.” sambung Lokman lagi.
“Ikut suka kaulah Lokman. Kami
mengikut saja rancangan kau ini. Kami mengharapkan rancangan ini dapat kita
siapkan hari ini jugak demi keselamatan anak penyu ini dan kita tidak perlu
banyak berfikir banyak tentangnya,” curah Daniel spontan.
“Memang betul kata kau tu Daniel. Kami
menyokong sepenuhnya pada kau,” potong Aina.
“Hah! Apa lagi berdiri di sini.
Jalankan tugas kau orang berdua. Nanti terlewat pula kita menyiapkan para itu. Kan banyak bising pulak
orang dekat rumah.” ucap Aina lagi.
“Teringat aku tentang malam kelmarin
yang mana emak aku bertanya yang bukan-bukan kepada aku. Aku hampir-hampir
membocurkan rahsia kita ini. Nasid baiklah Sofia dapat membantu. Kalau tidak…habis..,”
akhirnya Daniel utarakan juga perbualannya bersama ayah dan ibunya.
“Saya jugak hampir-hampir pecahkan rahsia kita ini
Abang Daniel. Emak ada bertanya akan baldi ini dan saya berasa amat bersalah
kerana membohongi emak kerana sayangkan anak penyu ini. Saya tidak menyangka
saya sanggup buat begitu. Tapi kami berdua berjanji dalam diri masing-masing
akan meminta maaf kepada emak,” beritahu Chong Mie pula.
Lokman dan Chong Mie tanpa membuang
waktu terus berlalu. Yang lain-lain membersihkan kawasan yang hendak di buat Para
itu.
***
Sementara menunggu Lokman dan Chong
Mie mengambil kayu, mereka yang tinggal membersihkan kawasan dalam bangsal itu.
Di angkat semua pukat dan kayu-kayu
buruk lalu dikumpulkan setempat di luar bangsal.
Setelah lima minit berlari, akhirnya Lokman dan Chong Mie sampai di
belakang rumahnya. Tercungah-cungah Chong Mie menahan nafas kerana kelelahan
berlari. Tapi hatinya sedikit lega apabila melihat timbunan kayu yang berada di
situ.
“Kayu yang mana kita nak ambil,”
Chong Mie memegang-megang beberapa batang kayu.
Lokman berfikir sejenak. Di angkat
satu persatu kayu yang bercampur-campur itu. Sukar juga dia hendak memilih kayu
yang sesuai untuk di buat Para itu. Akhirnya dia berkenang dengan beberapa
batang kayu yang sesuai lalu diberikan kepada Chong Mie sebanyak empat batang
yang panjangnya hampir dua meter. Tanpa membuang waktu Chong Mie memikulnya.
“Jom, kita pergi,” arah Lokman
kepada Chong Mie. Chong Mie mengangguk kepala sahaja. Dia menurut dari
belakang Lokman yang juga memikul enam
batang kayu yang sama saiz yang dibawanya. Terhuyung-hayang Chong Mie dan
Lokman memikul kayu itu.
Di fikiran masing-masing hanya mahu
cepat-cepat sampai di pantai. Mereka kekurangan waktu untuk membuat Para untuk
diletakkan anak penyu itu. Rasa berat di bahu bagaikan hilang begitu sahaja
bila teringatkan anak penyu itu.
Lokman tersenyum dalam hati. Dia
tidak menyangka sama sekali kedatangan mereka secara tergesa-gesa ke pantai
petang itu akan menemui sesuatu yang tidak di duga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan