BAB 10
Mereka mesti segera sampai
di rumah Abang Daniel. Tidak sabar rasanya untuk maklumkan apa yang terjadi
petang ini. Ini perkara penting. Penting kepada mereka yang menyayangi anak
penyu yang berada di dalam baldi.
Langkah-langkah pantas diteruskan
oleh kedua adik-beradik itu. Tidak ditoleh ke kiri dan ke kanan langkah mereka.
Di benak masing-masing tidak memikirkan perkara lain selain tentang anak penyu
kesayangan mereka.
Mereka betul-betul terkejut dan
hairan. Macam mana boleh berlaku.
“Apa rasa Chong Lie jika abang
Daniel tahu tentang ini?” kata Chong Mie memecah kesunyian yang mereka ciptakan
sepanjang perjalanan.
“Entahlah Mie. “ balas Chong Lie
tidak banyak cakap.
“Terkejut ke tidak mereka tu?” soal
lagi Chong Mie.
“Chong Lie Rasa tentu mereka
terkejut gila. Lebih-lebih lagi Sofia .”
tambah pula Chong Mie.
Mereka meneruskan perjalanan yang
dirasakan lambat untuk sampai ke rumah Abang Daniel. Perkara penting dan
mengejut ini harus disampaikan segera. Mereka tidak mahu disalahkan jika dikatakan lambat menyampaikan berita
ini.
Berita yang boleh membuatkan
seseorang menangis kehibaan. Mereka tidak menyangka Para yang mereka bina boleh terjadi
begitu. Mereka tidak tahu siapa punya
angkara.
“Semalam ributkan Chong Mie?” unsur
pula Chong Lie tiba-tiba.
“Yalah! Kencang sungguh.Dalam pukul
dua pagi. Rumah macam bergoyang ditiup
angin,” jawap Chong Mie pantas.
“Kau buat apa masa tu?” soal
Chong Lie lagi.
“Aku bangun kerana hendak terbuang
air,” jelas Chong Mie.
“Apakah para tu jadi begitu kerana
ribut semalam,” unsur Chong Lie yang masih tidak berpuas hati dengan apa yang
terjadi.
“Mungkin jugak. Maklumlah bangsal tu
bukanlah kuat sangat. Buatannya pun ringkas sahaja.”
Kedua beradik itu berjalan
beriringan. Tidak seperti tadi seorang di depan seorang di belakang. Terasa
penat bila berlari dalam keadaan fikiran tidak menentu. Celaru dengan apa yang
sedang difikirkan.
Lebih-lebih lagi mereka juga perlu
berhati-hati berjalan di sepanjang kebun kelapa milik orang kampung yang kini
jelas kelihatan tidak berapa terurus. Pelepah- pelepah daun kelapa tua yang
gugur ke bumi berselerak sana-
sini. Tidak dibersihkan dengan baik.
Manakala buah-buah kelapa tua
bertaburan seolah-olah tiada harganya sedangkan nilainya di pasar-pasar di
pekan dan bandar amat tinggi. Inilah manusia sekarang tidak mahu mengambil
kesempatan yang ada di depan mata.
Walaupun angin Tenggara terus
bertiup kencang kedua-duanya tetap terasa hangat di tubuh kerana keletihan
fizikal dan mental. Ini gara-gara kerana disebabkan anak penyu kesayangan
mereka.
“Kenapa nampak kelam-kabut ni?” tiba-tiba satu suara menerjah ke cuping
telinga mereka di sudut kanan mereka. Pantas mereka berpaling dari arah suara
yang muncul.
Kelihatan Abang Lokman, Abang Daniel, Aina dan Sofia . Chong Mie dan Chong Lie berpandangan
satu sama lain. Chong Mie dan Chong Lie terkejut dengan kehadiran mereka semua
secara serentak.
“Kenapa ni? Macam orang kena kejar
di anjing aja” celah pula Aina.
“Buat apa kamu berdua dekat kebun
kelapa orang ni?” tambah Daniel.
“Nanti tak pasal-pasal di tuduh
orang pencuri buah kelapa, baru tau,” celah Lokman.
Bertubi-tubi mereka menyoal. Chong
Mie dan Chong Lie menarik nafas kelegaan seketika dengan kehadiran mereka yang
tiba-tiba itu tanpa menjawap soalan yang dikemukakan itu.
Chong
Lie memandang Chong Mie agar menjawap apa yang terpendam di sepanjang
mereka tadi.
“Kenapa diam ni?” tekan Daniel lagi.
“Suuu… sahh nak cakap…?” tergagag-gagap Chong Lie. Dia tidak tau
hendak dimulakan yang mana satu. Lebih-lebih lagi dia tidak sanggup melihat
reaksi rakan-rakan baiknya menerima berita yang mengejut dan menggemparkan ini.
“Apa yang disusahkan. Nampak kamu
berdua macam orang dalam kecemasan dan ketakutan aja.” kata Lokman pula.
“Ke kamu berdua kena di kejar dek
anjing liar? Maklumlah semalam beberapa ekor anjing liar mengamuk dekat
pantai.” tambah Aina yang menatap ke wajah-wajah sepasang kembar itu penuh
minat.
Chong Mie dan Chong Lie bertambah
resah bila mendengar berita tentang anjing itu.
“Betul ke anjing mengamuk Kak Aina?”
Chong Lie bertanya kembali soal itu.
“Betul,” jawap Aina sepatah.
“Patutlah…” terkeluar perkataan itu
di bibir Chong Mie.
“Apa yang patut?” soal pula Sofia tidak faham apa-apa
yang dimaksudkan oleh Chong Mie itu.
“Yalah apa yang patut ni.” ulang
pula Daniel.
“Sebenarnya kami berdua sudah pergi
ke bangsal.” Chong Mie mula mengambil kesempatan yang ada.
“Habis tu?” potong Lokman.
Chong Mie terdiam. Dia tidak sanggup
menyatakan apa yang terjadi. Dia tertunduk kaku. Chong Lie juga keresahan yang
teramat sangat. Tapi dia mesti menyampaikan apa yang berlaku petang ini.
“Apa semuanya ni Chong Lie.” soal
Lokman pula sambil tangan kanannya menepuk bahu Chong Lie.
“Yang sebenarnya…” terhenti juga
bicara Chong Lie.
Lokman memandang Daniel. Daniel tersenyum
sahaja.
“Kenapa abang Daniel tersenyum.”
Chong Mie tidak berpuas hati.
“Tak boleh tersenyum ke?” balas
Daniel.
“Bukan tak boleh. Tapi ….”
“Tapi apa Chong Lie?” tegas Aina
pula.
“Aaannnaakk! pepe… nnyyuu…. kkiittaa,” jawap Chong Mie lemah dan terharu.
“Kenapa anak penyu kita?” Aina
buat-buat terkejut.
“Anak penyu kita sudah hilang,”
balas Chong Lie pula.
“Hilang? Betul ke?” tekan Daniel
pula.
“Betul abang, para yang kita buat
pun sudah rosak. Jatuh ke tanah.” terang Chong Mie penuh yakin.
Daniel menahan tawa. Lokman juga
begitu. Aina memalingkan wajahnya ke arah lain. Tidak sanggup dia hendak
melihat kedua beradik kembar itu. Sofia
akhirnya ketawa terbahak-bahak. Ini menyebabkan Chong Lie dan Chong Mie menjadi
kehairanan dengan gelagat- gelagat yang muncul dikelilinginya. Yang sepatutnya
mereka mesti turut bersedih seperti mereka berdua.
“Yang sebenarnya anak penyu kita
masih selamat,” jelas Daniel akhirnya.
“Anak penyu kita selamat, di mana?”
teriak Chong Lie tidak sabar-sabar.
“Ada tergantung dekat pokok Ketapang tepi
bangsal.” jawap Lokman pula.
“Kenapa di gantung baldi itu di situ.” soal pula Chong Mie.
“Semalam, selepas balik dari kelas
malam di sekolah abang Daniel dan abang Lokman pergi tinjau bangsal. Kami tengok beberapa ekor anjing liar masuk ke
bangsal. Kemudian kedengaran anjing-anjing itu berkelahi antara satu lain.
Abangpun mengambil beberapa ketul batu lalu dibalingkan ke arah bangsal itu.
Beberapa saat kemudian anjing-anjing itu bertaburan melarikan diri.”
“Habis macam mana keadaan anak penyu
selepas tu,” soal Chong Lie penuh minat.
“Bila abang masuk kelihatan Para
runtuh disebabkan perkelahian anjing itu. Tetapi nasib baik baldi anak penyu
jatuh dalam keadaan baik di atas pukat.” tambah lagi Lokman.
“Oooo..gitu cerita. Legaa rasanya
saya,” tambah Chong Lie sambil mengurut dadanya.
“Saya juga begitu,” ulang pula Chong
Mie.
Serentak mereka ketawa. Syukur anak
penyu berada di dalam keadaan yang terbaik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan