BAB 11
PUAN Maggie duduk di atas
kerusi yang berada di ruang hadapan kedainya yang dari hari ke hari semakin
membesar. Di tangannya kemas memegang senaskah akhbar yang berbahasa Melayu
yang baru dibelinya. Itulah tabiat Puan Maggie semasa menunggu kehadiran
pelanggan yang datang membeli barang-barang keperluan masing-masing.
Dan tabiat itu akhirnya berjangkit
kepada anak-anaknya Chong Mie dan Chong Lie. Dia amat gembira sekali akan kedua
anak kembarnya itu yang mana sedikitpun tidak berasa kekok bila berada di dalam
masyarakat kampung yang boleh dikatakan hampir keseluruhannya berbangsa Melayu.
Namun ikatan kemesraan yang terjalin antara dua bangsa yang berbeza
itu amat membanggakan. Inilah sebabnya dia mahu terus tinggal di kampung yang
cantik dengan kekuningan pepasir pantai dan di pelusuk kampung dipenuhi oleh
pohon-pohon kelapa yang menjadi penghalang kepada angin kencang yang bertiup di
musim tengkujuh.
Dan sekarang sudah lima puluh tahun
dia dan suaminya tinggal di sini. Dia benar-benar berasa aman dan amat sayang
untuk tinggalkan kampung nelayan ini. Dalam dirinya sudah sebati satu
tanggungjawap yang besar di dalam masyarakat kampung yang boleh dianggap
kampung istemewa dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi kelima-lima anaknya lahir di
sini.
Puan Maggie tersenyum kecil bila di
renung sejenak siapa dirinya kini dan juga mengingatkan tali persahabatan yang murni terikat sekian lama.
“Hai! Apa hal senyum-senyum ni Puan
Maggie?” tiba-tiba satu suara memecah di sudut kiri telinganya. Lekas-lekas dia
memalingkan wajahnya ke arah suara yang
menegurnya tadi.
“Ohhh…Makcik Piah rupanya. Terkejut
saya tadi,” ucap Puan Maggie perlahan. Akhbar di tangannya diletakkan di atas
kerusi. Dia terus menuju ke arah Mak
Piah yang mula masuk ke dalam kedainya itu.
“Maafkan saya kalau menganggu tadi,”
ucap Makcik Piah lagi.
“Apa yang hendak saya maafkan. Mak
Piah tak buat salah kepada saya tadi. Yang nyata saya yang salah kerana sempat
berangan-angan tadi,” balas Puan Maggie sambil menyentuh lembut jejari tangan
Mak Piah. Di bibirnya terukir sebuah senyuman menyambut kedatangan pelanggannya
itu.
Dia sedikit hairan dengan kehadiran
Mak Piah kali ini. Dia jarang benar melihat Mak Piah datang sendiri membeli
keperluan harian keluarganya. Biasanya Pak Din yang datang mencari apa-apa keperluannya.
Pak Din yang seorang yang peramah
dan mudah mesra dengan semua orang. Ini terbukti tiada siapa yang tidak kenal
dengan Pak Din di kampung ini. Suka
menolong orang dan tidak lokek ilmu.
Mak Piah pula dia kenal sejak
mula-mula tinggal di kampong ini puluhan tahun yang lalu. Mak Piahlah orang
pertama yang kenali dulu. Dia menganggap Mak Piah seperti kakaknya
sendiri. Walaupun berlainan bangsa erti nilai perhubungan yang
terjalin terlalu berharga buat dirinya.
“Apa yang puan angankan?” soal Mak
Piah lembut.
Puan Maggie
tersenyum. Dia membiarkan sahaja seketika solan yang dikemukakan Pak Piah itu.
Diperhatikan sahaja gelagat Mak Piah yang ralit meninjau barang-barang di
kedainya itu. Dia tahu Mak Piah seorang yang berhati-hati dalam mencari sesuatu
benda. Sebab itulah bila dia berkunjung ke rumah Mak Piah, dia berasa amat
senang sekali. Di sekitar rumah Mak Piah amat bersih.
Kalau di luar rumah begitu apa lagi di dalam rumah. Duduk di dalam
rumah Mak Piah tidak akan terasa hendak balik. Cantik sekali. Cantik dengan
perhiasan-perhiasan yang di buat dari bahan-bahan terpakai.
“Takda apa-apa Mak Piah. Hanya
memikirkan soal anak-anak kita tu,” terang Puan Maggie jujur.
“Apa hal dengan anak-anak Puan
Maggie?” tanya lagi Mak Piah.
Puan Maggie terdiam sebentar.
Kemudian menyambung bicaranya.
“Sejak beberapa hari kebelakangan
ini saya lihat kedua anak kembar saya itu pelik sedikit,” terang lagi Puan
Maggie.
“Pelik macam mana Puan Maggie?”
“Selalu tidak lekat di rumah. Asyik
keluar bermain di pantai sahaja,” jawap Puan Maggie lagi. Mak Piah tersenyum
sambil menganggukkan kepalanya beberapa kali. Kini dia tahu sebab-sebab mengapa
Puan Maggie termenung tadi. Rupa-rupanya soal anak-anak. Tapi dia amat kenal
anak-anak Puan Maggie itu. Dari pandangan mata kasarnya tiada apa-apa yang
perlu dirisaukan oleh Puan Maggie terhadap anak-anaknya itu.
“Wah! Nampaknya kita ada satu
masalah yang sama Puan Maggie,” tambah Mak Piah selamba. Dia merapatkan
tubuhnya di sisi Puan Maggie. Puan Maggie pula mengambil satu lagi kerusi yang
berada dekat pintu besar kedainya itu lalu diletakkan bersebelahan kerusi yang
didudukinya tadi. Dia menarik tangan Mak Piah kea rah kerusi itu. Disuruhnya
duduk. Dia mahu mendengar cerita yang lebih panjang dari bibir Mak Piah kali ini.
Dia hendak mendengar dengan lebih
terperinci cerita yang bakal disajikan oleh Mak Piah kepadanya kali ini. Bukan
cerita tentang orang-orang kampong atau cerita yang sudah berlaku di dalam
kampong ini. dia hanya mahu mendengar cerita tentang anak-anak mereka. Cerita
itu sahaja yang sedang bermain di dalam benaknya kini.
“Apa maksud Mak Piah?” Tanya Puan
Maggie dan menatap tepat ke wajah Mak Piah mencari kepastian. Mak Piah
tersenyum lagi. Dia tahu Puan Maggie tidak sabar mendengar ceritanya.
“Anak saya Daniel dan Sofia jugak
hari-hari kebelakangan ini suka keluar rumah. Sedangkan selama ini tabiat itu
tidak selalu berlaku kepada kedua anak saya itu,” terang Mak Piah pula.
Ini membuatkan keadaan sunyi
seketika. Masing-masing bermain dengan perasaan masing-masing. Mungkin
memikirkan secara spontan akan kelakuan anak-anak mereka.
“Mak Piah!”
“Apa dia Puan Maggie?” balas Mak
Piah pantas.
“Mungkin anak-anak kita mempunyai
satu sebab yang sama,” ucap Puan Maggie sungguh-sungguh. Hanya itu yang mula
datang di dalam benaknya kini. Dia merasakan begitu kerana tiba-tiba sahaja Mak
Piah juga mengalami keadaan yang sama seperti dirinya. Anak-anak yang tiba-tiba
berubah laku dengan tiba-tiba juga. Serentak pula tu. Tentu ada berkaitan
antara satu sama lain.
Mak Piah termenung lagi. Memikirkan
apa yang diucapkan oleh Puan Maggie tadi. Ada betulnya kata-kata yang terbit
dari bibir Puan Maggie itu. Kalau dia tidak ke kedai kali ini, sudah tentu perkara ini tidak akan
berbangkit. Ini bermakna dia mengalami masalah yang sama dengan Puan Maggie.
“Mungkin jugak Puan Maggie,” balas
Mak Piah agak ragu-ragu. Untuk benar-benar yakin dia masih lagi kabur dengan
apa yang terjadi. Dia perlu siasat dengan lebih mendalam lagi akan kegiatan
anak-anaknya akhir-akhir ini. Tapi dia yakin dapat menyelesiakan perkara ini
secepat mungkin jika dia mendapat bantuan Puan Maggie.
“Saya yakin anak-anak kita itu
mempunyai sebab yang sama,” bertambah geram Puan Maggie lagi akan perkara yang
dibangkitkan kali ini. Dia tidak mahu mendengar perkara-perkara yang buruk yang
dilakukan oleh anak-anaknya itu. Dari kecil dia mendidik anak-anaknya dengan
belaian kasih sayang dan nilai-nilai murni untuk terus hidup rukun damai dalam
masyarakat yang besar ini.
“Kenapa Puan Maggie yakin sebegitu?”
unsur Mak Piah lagi. Dia harus member peluang kepada Puan Maggie memberi teori
mengapa anak-anak mereka terjadi begitu rupa.
“Sebabnya anak-anak kita itu
berkawan rapat.” Ringkas dan padat. Mak Piah terdiam sejenak. Ada betulnya
kata-kata Puan Maggie itu.
“Betul jugak kata Puan Maggie itu.
Sekarang saya jugak yakin yang anak-anak kita telah melakukan sesuatu yang di
luar pengetahuan kita.”
“Saya juga menganggap begitu. Ini
membuatkan saya agak risau kepada anak-anak kita itu. Saya takut mereka buat
kerja yang tidak elok di pantai itu.” Tambah Puan Maggie lagi. Mak Piah diam
sahaja. Diwajahnya juga menampakkan keresahan.
“Habis apa kita nak buat Puan
Maggie?”
“Kita lihat dulu. Dalam itu kita
selidik sedikit demi sedikit apa yang mereka lakukan. Kita jangan buat mereka
terkejut. Kalau kita buat begitu kita pasti mengalami lebih banyak masalah
pula,” terang Puan Maggie dan Mak Piah menganggup faham.
“Apa kata kita bertanya kepada
anak-anak kita itu secara lembut agar terbuka hati mereka memberitahu perkara
yang sebenar berlaku.”Balas Mak Piah pula.
“Itulah jalan yang sebaiknya. Kita
tidak perlu memaksa anak-anak kita menjawap segala persoalan yang bermain di
dalam diri kita sekarang. Saya yakin anak-anak kita boleh bercakap
berterus-terang kepada kita,” ucap Puan Maggie lagi.
“Apakah kita ada sesuatu benda yang
boleh memerangkap anak-anak kita,” unsur Mak Piah bersungguh-sungguh.
Puan Maggie termenung seketika. “
Hah! Saya ada satu benda yang boleh memerangkap anak kita tu,” balas Puan
Maggie sambil mengusap perlahan anak rambutnya.
“Apa dianya Puan Maggie?”
“Mak Piah boleh bertanya apa yang di
buat oleh anak-anak kita tentang baldi yang berada di belakang kedai saya yang
tiba-tiba hilang. Mungkin mereka yang mengambilnya.” Jawap Puan Maggie
sungguh-sungguh.
“Baldi Puan Maggie hilang.” Berkerut
wajah Mak Piah mendengar berita itu. Selama ini tidak pernah dia mendengar Puan
Maggie merungut kehilangan sesuatu. Hari ini hari pertama dia mendengarnya.
“Tapi saya yakin baldi itu di ambil
oleh anak-anak saya,” ucap Puan Maggie lagi.
“Kenapa kata anak-anak puan yang
mengambilnya?” bertambah hairan Mak Piah di dalam hatinya.
“Sebab saya yakin yang anak-anak
saya mengambilnya kerana melihat akan percakapan anak-anak saya yang
teragak-agak bila di tanya akan hal itu.” Sambung lagi Puan Maggie.
“Pening jugak bila anak-anak buat
hal tanpa pengetahuan kita,” geram Mak Piah tiba-tiba.
“Apa nak di buat Mak Piah. Anak-anak
kita itu dari hari ke hari semakin membesar dan akal fikirannya semakin
cergas,” ulas Puan Maggie lagi.
“Itu saya tau Puan Maggie. Tapi anak-anak
kita berubah secara mengejut.” Bertambah geram Mak Piah bila memikirkan
kelakuan anak akhir-akhir ini.
“Oooohhh… yaaa… bukan kita sahaja
yang runsingkan anak-anak itu. Bahkan Pak Leman jugak risaukan kelakuan anaknya
yang bernama Lokman,” tambah Puan Maggie.
“Apa yang telah Lokman lakukan?”
tanya Mak Piah tegas.
“Kata Pak Leman anaknya itu telah
mengambil kayu yang berada di belakang rumahnya. Bila di tanya di buat apa
dengan kayu itu tiada jawapan yang muncul dari bibir anaknya itu,” balas Puan
Maggie lagi.
“Pelik betul anak-anak zaman
sekarang ini. Ada
sahaja perkara yang tidak terduga terjadi. Dan saya rasa perkara ini mungkin
bersangkutan dengan soal anak kita Puan Manggie,” Mak Piah membuat tekaan
sendiri.
“Saya jugak rasa begitu,” ulang Puan
Maggie.
“Kini jelas kita dapat satu lagi
perkara untuk memerangkap anak-anak kita itu,” gembira tidak kepalang Mak Piah
setelah mempunyai daya dan kekuatan untuk berhadapan dengan keranah anak-anak
kesayangannya itu.
Sesungguhnya dia tidak mahu terjadi
sesuatu yang buruk kepada anak-anaknya itu. Dia benar-benar rasa bimbang jika
anak-anaknya melakukan perkara buruk di sebaliknya. Dia mahu anaknya belajar
bersungguh-sungguh dan mendapat kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan
dirinya sekarang.
Dia jugak tidak mahu anaknya
mengungkit yang dia tidak memberi kasih sayang yang lengkap lebih-lebih lagi
dalam soal pelajaran. Dia semaunya ingin memberi peluang belajar kepada semua
anak-anaknya sebanyak mungkin yang termampu dia berikan. Itulah harapan dia
agar anak-anaknya menjadi orang yang berilmu dan dapat menyebarkan ilmu yang
diperolehi kepada orang lain pula.
“Mak Piah!”
“Yaaa… saya, Paun Maggie,” jawap Mak
Piah teragak-agak.
“Berkhayal pulak Mak Piah. Tadi saya
kini giliran Mak Piah pula,” ucap Puan Maggie dan sedetik kemudian kedengaran
gelak-tawa mereka berdua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan