BAB 3
“DI MANA kita hendak
meletakkan anak penyu ini, Abang Daniel?”
soal Chong Lie setelah mereka sampai ke tempat rihat tadi.
“Inilah yang aku sedang fikirkan,”
jawap Daniel tegas. Dipicit-picit
dahinya seolah-olah sedang dibebankan sesuatu dibenaknya.
“Apa kata kalau kita letakkan sahaja
di dalam kolam di rumah aku,” unsur Lokman pula tiba-tiba.
“Bercakap tu senang Lokman. Tapi….”
terhenti begitu saja bicara Daniel. Otaknya ligat memikirkan langkah-langkah
yang patut dilakukan di saat ini.
“Tapi apa Daniel?” soal Lokman ingin
tahu perkara lanjut yang bakal dicurahkan oleh Daniel. Daniel tersenyum. Ini
membuatkan rakan-rakannya yang lain hairan melihat telatah rakannya itu.
“Rumah kau terlalu jauh. Susah kita hendak mengambil air laut yang diperlukan oleh
anak penyu ini,” jelas Daniel lagi.
“Betul jugak kata kau Daniel,” Aina
mula bersuara dalam keadaan serba salah rakan-rakannya itu.
“Habis di mana kita hendak meletakkan anak
penyu ini,” potong Chong Mie pula.
“Apa kata kalau kita letak anak
penyu ini di bangsal buruk di hujung sana tu,” Daniel memberi cadangan sambil
jari telunjuk tangan kanannya diarahkan kepada sebuah bangsal buruk yang
terletak hanpir 500 meter dari mereka itu.
“Cadangan yang baik. Tapi dalam apa
pulak kita hendak meletakkan anak penyu ini,” Soal Chong Mie pula.
“Itu tidak susah Chong Mie,” balas pula Chong Lie. Chong Mie memandang
seketika ke wajah kembarnya itu.
“Habis macam mana kau nak letakkan anak penyu ini?” tambah
Chong Mie ingin tahu lebih lanjut dari Chong Lie.
“Apa kata kalau aku pergi ambil
sebiji baldi di belakang kedai emak kita yang sudah tidak digunakan lagi,”
unsur Chong Lie pantas.
Chong Mie termenung seketika.
“Bagus jugak cadangan kau tu Chong
Lie,” akhirnya Aina utarakan persetujuan dengan unsur Chong Lie itu.
Manakala Daniel, Sofia dan Lokman mengangguk kepala menyokong
kata-kata Aina tadi.
“Kalau semua setuju
aku balik dulu,” jawap Chong Lie pula.
“Buat apa?” balas Chong Mie pula.
“Buat apa lagi kalau tidak ambil
baidi yang aku kata tadi untuk diletakkan anak penyu tu,” jawap Chong Lie
selamba.
Tanpa berlengah Chong Lie pantas
berlari. Dia mahu segera sampai ke rumahnya.Teman-teman yang lain memerhati
sahaja langkah demi langkah Chong Lie dengaan penuh harapan agar apa yang
dihajati dapat ditunaikan.
“Jangan terlampau berfikir Chong
Mie. Tenang. Kita ada masa yang masih panjang untuk selamatkan anak penyu ini,”
ucap Lokman bila dilihatnya kekalutan
yang menimpa Chong Mie tadi.
“Baiklah abang Lokman.,” janji Chong
Mie sambil mengurut dadanya.
“Kita yang berada di sini pergi
dahulu ke bangsal,” arah Daniel tegas.
“Kita tidak perlu membuang masa.
Chong Lie sudah tau ke mana kita hendak meletakkan anak penyu ini,” tambah Aina
pula.
“Dan kita hendak balik ke rumah
cepat. Hari semakin senja. Bila-bila masa sahaja malam akan mengambil
gilirannya. Jika kita balik lewat banyak pula soal jawap dari keluarga kita.
Kita mungkin diberi amaran atau di larang terus pergi ke pantai. Apa yang kita
hendak kata. Dan apa akan terjadi pada anak penyu ini,” panjang lebar Daniel
memberi arahan spontannya.
Lokman dan yang lain-lain mengangguk
setuju. Kemudian terukir sebuah senyuman di bibir Chong Mie.
Tanpa membuang waktu mereka terus
menuju ke arah bangsal buruk yang besarnya boleh memuatkan dua buah kereta.
Lalu mereka masuk kedalamnya. Kemudian mereka duduk di atas sebidang pukat yang berada di hujung sebelah kanan bangsal
itu .
Beberapa minit kemudian, sampailah
Chong Lie dengan sebuah baldi di tangan kirinya.
“Okey
semuanya,” jawap Chong Lie yang masih lagi tercungap-cungap keletihan
kerana di sepanjang jalan dia berlari.
“Mana anak penyu tu?” sambung Chong
Lie seperti orang yang tidak sabar. Liar matanya mencari kelibat anak penyu
itu.
“Ini,” jawap Sofia sambil
menunjukkan anak penyu yang berada di tapak tangannya. Terkapai-kapai anak
penyu itu bila Sofia memegang di tengah badan.
“Wah tidak sabar lagi aku nak tengok
anak penyu ini berenang di dalam baidi ni,” suara Chong Mie begitu girang.
“Kalau begitu Lokman pergi ambil
air. Gunakan baldi yang ada di tangan Chong Lie tu,” perintah Daniel tegas.
Lokman tidak menbantah suruhan itu. Lagipun di antara mereka yang ada di situ
dialah yang paling besar.
Cepat-cepat Lokman menuju ke gigi air dan mengambil air laut hampir
tiga suku baldi. Kemudian dia membawanya
ke bangsal untuk diletakkan anak penyu itu.
“Letakkan anak penyu ke dalam baidi Sofia ,” perintah Daniel
kepada adiknya itu.
Tanpa membuang masa Sofia meletakkan anak
penyu itu. Jelas kelihatan anak penyu itu berenang perlahan-lahan mengelilingi
bulatan baldi itu. Selepas minit berlalu, anak penyu semakin laju berenang. Ini
menunjukkan aanak penyu itu semakin pulih selepas dilepaskan di dalam baldi.
Masing-masing tersenyum senang. Gembira melihat keadaan anak penyu itu.
“Tentang makanan anak penyu ini
macamana pula abang Daniel?” unsur Chong Mie setelah melihat gelagak anak penyu
berenang. Semua memandang ke arah Chong
Mie. Masing-masing dari tadi tidak memikirkan soal itu. Daniel terangguk-angguk
mencari ilham tentang soal itu.
“ Apa kata kita bergilir-gilir
membawanya” unsur Daniel tiba-tiba. Semua yang ada memandang antara satu sama
lain.
“Saya setuju abang Daniel,” sokong
Chong Lie.
“Kami juga setuju ,” jawap Lokman
mewakili rakan-rakan yang lain.
“Baiklah kalau semua setuju. Kita
undi siapa dulu yang bawa makanan anak penyu ini mulai esok,” Daniel bersuara
lagi.
“Tak payah undi Abang Daniel. Macam
ini ajalah, mula-mula saya dan Chong Mie. Lagipun rumah kami paling dekat
dengan pantai ini,” Chong Lie memberi cadangan.
“Kakak setuju. Tapi selepas itu
giliran siapa pula?” tanya pulaAina.
“Giliran Abang Daniel dan Sofia . Kemudian giliran
Abang Lokman dan Kakak Aina. Setuju tak cadangan saya ini,” tambah Chong Lie
dengan penuh yakin.
“Abang pun setuju. Tapi ada satu
syarat,” tambah Daniel pula.
“Apa syaratnya Abang Daniel?” potong
Sofia bagai
orang tidak sabar mendengarnya.
“Syaratnya kita semua ada ketika
memberi makan kepada anak penyu ini”
“Satu cadangan yang bagus. Baru kita
semua berpuas hati,” cetus Aina
bersemangat.
“Dan akhir sekali jangan bocurkan
rahsia tentang pertemuan anak penyu ini,” tambah Lokman .
“Setuju!!!” serentak yang lain
bersuara lantang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan