Selasa, 3 Mei 2016

NOVEL KANAK-KANAK: TIRAI KASIH BAB 8

BAB 8
“Macam mana ni Mie?” cemas benar Chong Lie. Ke hujung ke hilir mereka berdua mencari sesuatu. Bagaikan orang kehilangan sesuatu yang teramat penting dalam hidup.
Di wajah mereka berdua jelas kekejutan. Kerisauan yang teramat sangat.
            “Kita ke rumah Abang Daniel,” unsur Chong Mie pantas.
            Chong Lie termenung seketika. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan sekarang. “Baiklah, kita ke rumah Abang Daniel sekarang. Kita beritahu sahaja apa yang terjadi.” setuju Chong Lie.
            “Itu yang terbaik kita boleh lakukan. Mana tahu rakan-rakan yang lain boleh menyelesaikan masalah yang sedang kita alami sekarang.” tambah Chong Mie yang sedang memandang ke arah air laut yang sedang bergelora kerana di tiup oleh Angin Tenggara. Manakala cahaya matahari terus memancar terik walaupun petang semakin lanjut.
               “Baik kita tunggu mereka di sini dulu. Bukankah mereka juga nak datang ke sini,” unsur Chong Mie sambil meraut wajahnya dengan tangan kanannya. Di tenung jauh-jauh matanya ke arah lautan yang luas. Dibiarkan rambutnya diterbangkan angin. Terasa segar bila alami situasi begitu.
            “Sampai bila kita nak tunggu?” balas Chong Lie tidak berpuas hati dengan saranan Chong Mie tadi. Dia sebenarnya tidak sabar dengan apa yang terjadi.
            “Kita tunggu dalam lima belas minit lagi,” balas Chong mie sambil menatap seketika ke jam kesayangannya di tangan.
            Chong Lie mengangguk setuju. Dalam pada itu mereka terus mencari di setiap penjuru bangsal. Baik di dalam bangsal maupun di seluruh luar bangsar. Namun sia-sia belaka kerana apa yang di cari tidak juga dijumpai.
            “Bagaimana boleh terjadi macam ni Chong Lie?” tiba-tiba Chong Mie bersuara.
            “Entahlah? Para sudah tinggi kita buat.”
            “Apakah ada orang lain yang tau tentang anak penyu kita?”
            “Tidak mungkin ada orang lain yang tau. Ini rahsia kita berenam. Tidak mungkin rahsia kita telah diketahui oleh orang lain. Melainkan…” Chong Lie ragu-ragu untuk menyatakan seterusnya. Di benaknya tidak percaya jika di antara mereka mendedahkan rahsia anak penyu kesayangan mereka ini. Bersusah payah mereka membuat para untuk diletakkan anak penyu supaya selamat dari segala ancaman bahaya yang mungkin mendatang.
            “Mengapa pulak Abang Daniel dan Sofia lambat sampai ke sini petang ini. Biasanya mereka yang dahulu sampai ke sini.” Celah Chong Mie tiba-tiba. Dibenaknya mula datang yang bukan-bukan.
            “Yalah Mie. Hairan juga Lie pada mereka berdua tu. Apakah mereka ada masalah di rumah. Maklumlah setiap hari keluar rumah. Tentu ada banyak soal maknya?” tambah pula Chong Lie.
            “Habis macam mana pulak dengan Abang Lokman dan kakak Aina?”
            “Malam tadi Abang Lokman dan Kak Aina ada datang dekat rumah. Beli barangan dapur. Mereka cakap pada Chong Lie mereka akan datang lewat sikit petang ini,”  terang  Chong Lie dengan apa yang telah dimaklumkan oleh Lokman dan Aina semalam.
            “Mengapa mereka datang lewat? Ada masalahkah?” Chong Mie kehairanan.
            “Kalau  semalam mereka tiada masalah.” jawap Chong Lie tanpa ragu.
            “Habis tu?”
            “Abang Lokman dan Kak Aina kena pergi ke sekolah sekejap. Mereka berdua ada kerja yang perlu diselesaikan.” terang Chong Lie penuh yakin.
            “Waktu semakin suntuk ni, apa kata kita ke rumah Abang Daniel saja. “
            “Jomlah. Hati Chong Lie betul-betul risau ni.”

            Lekas-lekas mereka berlari. Di ingatan mereka jelas terbayang akan anak penyu kesayangan mereka.   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan