Selasa, 3 Mei 2016

NOVEL KANAK-KANAK: TIRAI KASIH BAB 7

BAB 7
Sudah satu jam pelajar-pelajar Kelas 6 Arif menunggu kedatangan Cikgu Zainun. Kelibat Cikgu Zainun masih lagi tidak muncul. Entah di mana dia sekarang ketika ini.  Sekali  gus membuatkan waktu kelas malam tertangguh selama itu.
            Daniel dan Lokman berdiri di hadapan pintu bilik darjah. Di wajah mereka sudah menunjukkan rasa tidak sedap hati.  Cikgu  Zainun biasanya tidak begini. Dia seorang guru yang amat mementingkan masa. Seorang guru contoh di sekolah. Selalu tepat bila berjanji.
            “Daniel! Lokman!” laung Aina tiba-tiba yang berada di bangku belakang kelas sambil melambaikan tangan kanannya beberapa kali. Semyuman manis tetap terukir di bibir Aina. Senang hati bila di pandang oleh sesiapapun.
Daniel dan Lokman memandang sekilas ke  arah Aina bila nama mereka di sebut tadi. Entah apa yang dimahukan oleh Aina tika ini. Sudahlah mereka susah hati bila memikirkan tentang Cikgu Zinun yang tidak muncul-mucul.
            “Buat apa berdiri depan pintu tu… mari sini kita sembang-sembang..” laung lagi Aina.
Entah apa yang terkena Aina ketika ini. Biasanya dia tidak begitu. Dia bukan seorang yang suka berbual kosong.  Daniel dan Lokman serentak menggaru kepala mereka. Macam-macam perkara berlaku malam ini. Pelik dan merisaukan.
            Serentak itu mereka bergerak perlahan-lahan ke  arah Aina yang masih setia duduk di kerusi belakang milik Julia. Di atas bangku di hadapan Aina kelihatan buku-buku latihan Bahasa Melayu milik Aina tersusun rapi. Itulah Aina, seorang pelajar yang terkenal dengan gelaran Ulat Buku. Buku tidak akan hilang disisi Aina. Buku adalah teman paling rapat bagi Aina.
            Maka Aina menjadi mangsa kepada kawan-kawan di dalam kelasnya. Segala maklumat yang lebih terkini dan mendalam yang perlu diketahui oleh rakan-rakan di dalam kelasnya akan di rujuk kepada Aina. Tambahan pulak Aina seorang yang tidak kedekut ilmu dan suka menolong rakan-rakan yang berada di dalam kelas. Sifat Aina ini amat terpuji, namun di hati Daniel dan Lokman sedikit ada kekesalan. Apa tidaknya, ramai rakan-rakan di dalam kelas mengambil kesempatan di atas kebaikan yang dihulurkan oleh Aina.
            Tapi Aina bukan tidak tahu tentang sikap rakan-rakan itu. Dia buat tidak tau saja. Dia tidak sedikitpun terasa hati dengan apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakannya itu. Di dalam hatinya sudah terpahat kukuh dengan niat yang ikhlas untuk membantu. Dia tidak meminta balasan di atas apa yang telah dilakukannya itu. Hanya perkara kecil baginya.
            “Apa kau orang berdua buat dekat pintu tu…nak jadi Pengawal Keselamatan ke?” sindir Aina tiba-tiba apabila sampainya Daniel dan Lokman disisinya. Julia dan  Norhayati yang berada di sebelah Aina tersengeh-sengeh bila mendengar ucapan Aina yang ditujukan kepada dua jejaka yang sangat terkenal di sekolah ini. Tambahan pulak di wajah kedua-dua jejakan itu tiba-tiba sahaja berubah bila di sindir begitu.
            Cepat-cepat Julia dan Norhayati bangun dari tempat duduknya lalu berjalan ke  arah kelompak pelajar perempuan yang sedang rancak berbual di ruang meja guru di hadapan depan kelas. Mereka tidak mahu terkena api kemarahan yang mungkin muncul dari bibir-bibir petah milik Daniel dan Lokman.  Sekali mereka keluarkan kata-kata tidak terlawan oleh rakan-rakan di dalam kelas ini.
            Hanya Aina yang selama ini dapat bertahan dengan sikap dua jejaka popular itu. Ainalah tempat mereka selalu mencari tempat bergantung bila di desak-desak bertubi-tubi oleh Daniel dan Lokman bila melakukan sesuatu projek yang diberikan oleh guru-guru.
            Namun begitu Daniel dan Lokman seperti Aina juga, suka menolong rakan-rakan. Ringan tangan dalam melakukan apa-apa perkara yang diarahkan oleh guru-guru. Bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-pa perkara yang di suruh melakukannya. Inilah faktor-faktor yang banyak mendorong kejayaan yang cemerlang yang dimiliki oleh Daniel dan Lokman.
            “Apa ke hal kau ni Aina…? Lokman mula bersuara tidak puas hati dengan kata-kata Aina tadi. Daniel memandang tajam ke  arah Aina. Di dalam dadanya tersembunyi  perasaan yang sama dengan Lokman itu.
            “Nak marah ke?” ucap lagi Aina sambil tersengeh melihat dua jejaka didepannya itu.
            “Apa tidaknya…sedap-sedap kata kita orang macam tu…” balas pula Daniel. Di tarik kerusi di sebelah Aina lalu didudukinya. Manakala Lokman berdiri tegak di sebelah Daniel sambil menarik riak wajah yang agak keruh.
            “Apa salahkah jadi Pengawal itu…hina ke? Ucap lagi Aina. Di pandang ke  arah wajah-wajah yang berada disampingnya itu.
            “Salahnya tidak…tapi.”
            “Tapi apanya Lokman? Aina mula memainkan peranan untuk memulakan perbualan mereka kali ini.
            “Kita orang bukannya sengaja berdiri dekat pintu kelas tu.” Jawap pula Daniel.
            “Aku tau perkara tu…tapi janganlah serius semacam aja…takut saya melihatnya tadi.” Aina menerangkan pokok pangkal kenapa dia menyatakan sedemikian rupa.  Lagipun itu adalah  langkah-langkah awal dia menarik perhatian kedua-dua rakannya itu datang kepadanya. Dia masak benar perangai Daniel dan Lokman. Tidak boleh di cabar. Pasti akan melenting.
            “Serius apanya?” ucap Lokman tegas.
            “Apa tidaknya…macam kucing hilang anak aku tengok engkau orang berdua tadi.” Aina terus menghentam. Ini membuatkan Lokman dan Daniel bertambah panas di dalam jiwa. Selama ini tiada seorangpun menyatakan begitu kepada mereka berdua.
            “Cakap jangan sebarang cakap…” geram lagi Lokman.
            “Okey-okey…aku tak sebut yang bukan-bukan lagi….aku mintak maaflah kalau kata-kata aku tadi menyinggung perasaan engkau orang berdua. Tiada niatpun dihatiku nak melakukan begitu.” Akhirnya Aina menyerah kalah. Dia tidak mahu memanjangkan keadaan yang boleh mengeruhkan keadaan. Dia tidak suka keadaaan begitu.
            Yang dia mahu keceriaan selalu hadir bila bersama-sama rakan-rakannya itu. Bila keceriaan selalu melekat pada diri kita, semua perkara yang dilakukan dirasakan mudah untuk diselesaikan.
            “Kami maafkan awak kali ini. Lain kali jangan ulangi lagi. Kami tidak suka…” balas Daniel untuk mengurangkan ketegangan. Dia juga tidak suka keadaan itu berlaku. Lokman juga begitu, dia kalau boleh tidak mahu perkara seperti itu berlaku kepada mereka.
            “Terima kasih kerana dapat memaafkan saya…saya janji tidak ulangi perkara begini di masa akan datang.” Lapang dada Aina bila kedua rakan rapatnya itu dapat memaafkan ketelanjuran kata-katanya sebentar tadi. Itu bukan manusia kalau tidak melakukan kesalahan. Lebih-lebih lagi kita yang masih kecil ini. Kurang ilmu dan tidak matang dalam pemikiran.
            “Kamu tidak risaukah Aina?” unsur Lokman tiba-tiba.
            “Risau…risau apanya?” terkejut Aina bila Lokman utarakan soalan begitu.
            “Kau tak rasa apa-apa Aina? Daniel pula bertanya.
            “Rasa apa? Risau apa?” Aina bertambah hairan dengan kedua-dua rakannya itu.
            “Kau betul-betul tak rasa apa-apa ni?” balas Lokman lagi.
            “Saya tak rasa apa-apa pun?” balas lagi Lokman.
            “Betul!”
            “Betul.” Balas lagi Aina. Di garu tepi dahinya sebelah kanan beberapa kali. Jenuh dia memikirkan apa yang sedang tersirat di dalam diri kedua rakannya itu. Tiba-tiba dia teringat akan anak penyu di dalam bangsal di pantai. Apakah perkara ini yang sedang difikirkan oleh kedua rakannya itu.
            ‘Aina tak rasa pelik ke malam ni…? Unsur lagi Lokman.
            “Pelik apanya…biasa aja saya lihat sekarang ni. Rakan –rakan kita yang lain semuanya ada di sini. Tidak seorangpun yang ponteng malam ini. Semuanya tahu tanggung-jawap pada diri masing-masing. Demi masa depan mereka.” Ulas Aina panjang lebar.
            “Itu aku tau Aina. Yang aku maksub…”
            “Apanya?” pintas lagi Aina.
            “Maksub kami tentang…?
            “Tentang apa? Pintas lagi Aina yang sengaja tidak memberi peluang untuk Daniel dan Lokman utarakan apa yang terpendam di dalam hati. Dia mahu meneka dulu apa yang sedang bermain di dalam hati kedua rakannya. Dia mahu melihat apakah sama apa yang difikirkan ketika ini.
            “Kau nak dengar kami cakap ke tidak ni?” geram Daniel bila melihat telatah Aina yang lain macam aja malam ni. Sudahlah di dalam hati masih kencang debarannya. Inikan pulak si Aina membuat perangai macam ni.
            “Naklah…kalau tak nak saya tak duduk depan awak berdua ni. Baiklah…beritahu apa yang kamu berdua nak cakap pada saya?” Aina membetulkan kedudukkan. Dia mahu mendengar apa yang dirisaukan oleh kedua rakanya itu.
            “Apa yang sepatutnya kita buat masa ini Aina?” Daniel memulakan bicaranya. Dia seolah-olah mahu bermain teka-teki dengannya. Di pandang ke wajah Aina dalam-dalam. Dia mahu Aina memikirkan apa yang sedang melanda dia dan Lokman. Dia mahu Aina sedar dari kelalaian malam ini. Aina yang seolah-olah tidak fokus pada hakikat kedatangan mereka ke sekolah mala mini.
            Aina mengerutkan wajahnya. Dia merasakan kedua rakannya sedang memikirkan perkara yang lain yang sedang bermain dalam fikirannya. Dia tidak dapat memberikan jawapan yang pasti kepada pertanyaan Daniel tadi.
            Baik dia buat-buat menyerah kalah sahaja. Lagipun dia tidak mahu kedua rakannya itu tahu apa yang sedang bermain dalam fikirannya. Itu mungkin boleh membuatkan kedua-duanya ketawa menyindir kepadanya.
            “Aku sebenarnya tidak fahamlah…apa sebenarnya kau mahu?” Aina cuba mengalihkan pokok perbualan. Dia mahu Daniel dan Lokman sendiri memberi jawapan kepada soalannya sendiri.
            “Apa kena dengan kau ni Aina?” Lokman mula melenting. Dia nampak sangat kelalaian rakannya itu. Di geleng-geleng kepalanya beberapa kali. Manakala Daniel mengeluh panjang.
            “Apa yang tidak kena dengan aku. Aku rasa tiada cacat-cela pada aku malam ini.” jawap Aina pantas.
            “Betul kau tak tau ni?” Daniel sudah mula menampakkan kebosanan.
            “Betul aku tidak tau apa yang sedang kamu berdua hendak sampaikan kepada aku. Cuba kamu berterus-terang saja. Kan senang begitu. Masapun tidak terbuang.” Ulas pula Aina. Dia tidak mahu mengalah kali ini.
            “Baiklah, biar aku cakapkan sahaja pada kamu. Kau sedar apa yang sedang berlaku di dalam kelas kita sekarang ini dan di dalam kelas yang lain.” Lokman memberi petunjuk awal untuk Aina.
            Aina mendengar keterangan Lokman itu. Otaknya mula beroperasi dengan pantasnya mencari jawapan yang paling tepat dan dapat memuaskan hati kedua rakannya itu. Dia mahu wajah kedua temannya itu kembali ceria. Ceria seperti selalunya.
            “Perbezaannya memang ada…” Aina mengangguk-anggukkan kepalanya. Otaknya terus berputar mencari sesuatu yang pasti.
            “Apa dianya?” pintas Daniel pula.
            “Betul jugaklah kamu berdua ni…” jawap Aina tergantung.
            “Betul apanya?” Lokman semakin geram dengan Aina. Dia merasakan Aina sengaja hendak mempermainkan dia dan Daniel. Di ramas-ramas jejari tangannya menahan perasaan yang sedang melanda dalam dirinya itu.
            “Yelah, aku sedar aku tersilap malam ini.”
            “Silap apanya?”
            Aina tersenyum. Ini membuatkan Daniel dan Lokman bertambah bengang.
            “Aku telah sedar…sepatutnya kita sekarang ini sedang belajar seperti mana yang sedang berlangsung di dalam kelas yang lain.” Jawap Aina tenang.
            “Sedarpun kamu Aina. Aku ingat masih di dalam mimpi.” Sindir Lokman tiba-tiba.
            Aina tersenyum lagi. Dia tidak sedikitpun terasa hati dengan kata-kata yang keluar dari bibir Lokman itu. Dia tidak mahu memanjangkan cerita. Cerita yang tidak penting langsung. Dia baru tersedar dari kelalaian yang agak panjang tadi.
            Baru dia terfikir tentang Cikgu Zainun. Cikgu yang sepatutnya memberi bimbingan di dalam kelas malam ini. Di tatap jam yang berada di tangan kirinya itu. Sudah empat puluh minit telah berlalu begitu sahaja. Dia merasakan ada sesuatu telah berlaku  kepada cikgu kesayangan mereka itu.
            Termenung seketika Aina. Daniel dan Lokman berbalas pandang melihat telatah Aina itu. Naik runsing bila melihat keadaan Aina itu.
            “Ke mana Cikgu Zainun sekarang ini?” tiba-tiba soalan itu muncul di bibir Aina. Daniel dan Lokman memandang ke  arah Aina. Mereka sedar yang Aina telah kembali di alam nyata.
            “Baru kau terasa ke?” soal lagi Daniel.
            “Maaflah…aku tadi syok betul berbual dengan Julia dan Yati. Aku jarang dapat berbual seperti itu tadi. Tambah pulak kena dengan topiknya.” Terang Aina jujur.
            “Baiklah, kita orang maafkan. Habis apa yang patut kita buat sekarang?” Lokman mula mengatur langkah yang patut mereka lakukan selepas ini.
            “Apa kata kita pergi jumpa Cikgu Raziman di dalam Kelas 6 Bestari. Kita tanya nombor telefon Cikgu Zainun daripadanya.” Unsur Aina tanpa ragu-ragu.
            “Bagus jugak cadangan kau tu. Tak terfikir pula soal itu dari tadi.” Jawap Lokman meniyakan cadangan Aina itu.
            Di luar kelas hujan mula turun dengan lebatnya. Dia menambahkan kerisauan mereka terhadap cikgu kesayangannya itu. Mereka tidak mahu apa-apa terjadi kepada cikgu Zainun. Tambahan pulak peperiksaan UPSR akan berlangsung dua bulan lagi. Mereka mesti belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu nanti. Bimbingan Cikgu Zainun amat diperlukan oleh mereka seperti mana telah di terima oleh kakak-kakak mereka di tahun-tahun yang lepas.
            Semua kakak-kakak dan abang-abang yang dahulu mendapat bimbingan Cikgu Zainun memuji cikgu-cikgu yang ada di sekolah ini. Lebih-lebih lagi Cikgu Zainun, guru Bahasa Melayu yang telah diiktiraf sebagai guru cemerlang di peringkat Daerah.
            “Apa kita tunggu lagi. Jomlah, kita pergi jumpa Cikgu Raziman.” Unsur Aina lagi lalu bangun dari tempat duduknya.
            “Jomlah!” serentak Daniel dan Lokman setuju dengan cadangan Aina itu.
            Baru beberapa langkah mereka berjalan, tiba-tiba Pakcik Zul iaitu salah seorang Pengawal Keselamatan yang sedang bertugas malam ini muncul di depan pintu kelas.
            “Semua duduk di tempat masing-masing.”  Arah Pakcik  Zul tiba-tiba. Semua pelajar kelas 6 Arif memandang satu sama lain termasuklah Aina, Daniel dan Lokman. Selama ini tidak pernah Pakcik Zul atau mana-mana Pengawal Keselamatan datang seperti itu.
            Ini menambahkan lagi kerisauan tiga sekawan itu. Ini menguatkan lagi apa yang sedang bermain di dalam diri mereka kini. Mereka menarik nafas dalam-dalam. Di dalam fikiran mereka tidak mahu mendengar perkara-kara buruk malam ini.
            “Kalau semua sudah duduk di tempat masing-masing…pakcik nak umum sesuatu.” Terang lagi Pakcik Zul.
            “Tentang apa pakcik? Celah Julia pantas.
            “Tentang Cikgu kamu…Cikgu Zainun.” Jawap Pakcik Zul tanpa berselindung.
            “Kenapa dengan dia pakcik?” soal lagi Julia lagi. Daniel memandang Lokman. Kemudian Lokman memandang ke  arah Aina pula. Aina membantutkan diri. Dia mahu mendengar pengumuman seterusnya dari Pakcik Zul.
            “Dia tidak ada apa-apa.” Jawap Pakcik Zul.
            Semua pelajar tersenyum mendengar jawapan pakcik Zul itu.
            “Habis kenapa dia tidak muncul-muncul sampai sekarang ini?” Soal Aina tiba-tiba.
            “Inilah yang pakcik datang ni…yang sebenarnya Cikgu Zainun menyuruh pakcik beritahu kamu semua yang dia tidak boleh hadir malam ini. Dia pohon maaf kepada semua yang hadir malam ini.” Terang Pakcik Zul lebih jelas.
            “Kenapa Cikgu Zainun tak boleh datang pakcik?” Soal pula Daniel.
            “Dia ke hospital..”
            “Ke hospital! Buat apa dia ke sana malam-malam begini?” terkejut  Aina mendengar khabar yang tidak disangka-sangka itu. Ini tentu perkara yang serius berlaku kepada Cikgu Zainun. Kemalangankah dia? Atau apa-apa sahaja boleh berlaku. Hatinya mula rasa cemas tidak menentu.
            “Dia hantar anak bongsu ke hospital. Kena demam panas katanya.”
            “Ooo…begitu ceritanya. Baru kami semua faham.”Jawap pula Lokman. Aina pula tersenyum kembali. Lega rasa dihati mendengar berita terbaru itu.  Dalam  diam dia mendoakan agar anak Cikgu Zainun kembali sihat seperti biasa. Tambahan pulak anak bongsu Cikgu Zainun itu amat periang orangnya. Selalu juga Cikgu Zainun membawa bersama setiap kali kelas malam diadakan.
            “Kamu semua boleh balik sekarang.” Arah Pakcik Zul lagi.
            Hujan di luar semakin lebat. Masing-masing duduk diam. Masing-masing memeluk tubuh. Mungkin mula terasa sejuk. Bunyi guruh dan kilat bersilih ganti. Ini menambahkan kekecutan di hati masing.masing. Kelihatan ada yang sedang membaca surah-surah dari Kitab suci Al- Quran agar Allah menjauhkan mereka dari perkara-perkara buruk.
            Tiba-tiba Daniel menarik tangan Lokman. Hampir terjatuh Lokman bila diperlakukan begitu.
            “Kenapa kau ni Daniel?”
            “Aku risaulah keadaan sekarang ni.”
            “Risau apanya lagi?” desak Lokman lagi.
            “Aku nak tau jugak apa yang kau risaukan ni.” Cela Aina pula. Rupa-rupanya dia memasang telinga bila terlihat Lokman hampir terjatuh di tarik oleh Daniel tadi.
            “Kau tak risau ke?” ulang lagi Daniel.
            “Risau apanya lagi ni?
            “Kau betul-betul lupa ke?” tambah lagi Daniel. Di tatap seketika ke wajah Lokman dan Sofia. Dia mengharapkan rakan-rakannya itu menyedari satu perkara lagi yang harus di ambil tahu. Perkara yang amat penting bagi mereka.
            “Apa dianya Daniel?”
            “Di pantai…” jawap Daniel ringkas.
            “Di pantai… Ya Allah…” Lokman menepuk dahinya beberapa kali.
            “Anak penyu kita tu..” serentak Lokman dan Aina memekik. Kemudian menutup mulut masing-masing. Beberapa orang pelajar lain memandang sekilas ke  arah mereka bertiga. Di hati Lokman, Daniel dan Aina mengharapkan rakan-rakan yang lain tidak mengambil endah dengan apa yang terkeluar dari bibir Lokman dan Aina tadi. Itu rahsia besar mereka.
            Tiada orang lain yang harus tahu tentang itu. Jika itu terjadi, akan berlaku lebih banyak kesan-kesan yang tidak baik kepada anak penyu kesayangan mereka. Hujan di luar kelas semakin lebat. Kilat dan guruh bersilih ganti. Naik gerun bila melihat keadaan itu.

Entah macam mana keadaan anak penyu ketika ini. Tiga sekawan berdoa agar anak penyu berada di dalam keadaan yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan