Selasa, 3 Mei 2016

NOVEL KANAK-KANAK: TIRAI KASIH BAB TERAKHIR

BAB 13
Masing-masing terdiam. Debaran menanti saat-saat perpisahan dengan anak penyu kesayangan mereka yang sedang gagah berenang di dalam baldi. Di wajah mereka jelas kelihatan kesayuan yang terpaksa dihadapi pada pagi yang bersejarah bagi mereka kerana terpaksa menerima hakikat bahawa mereka akan kehilangan anak penyu yang di pelihara sejak beberapa hari yang lalu.
            Inilah keputusan yang terbaik yang mereka miliki demi kehidupan akan penyu itu. Anak penyu itu juga mempunyai kehidupannya yang tersendiri. Tiada siapa yang boleh menghalang kehidupan makhluk yang bernyawa.
            Bila kita menghalang kehidupan itu bermakna kita menyekat kebebasan yang diberikan oleh tuhan kepada makhluknya. Mereka sedar itu satu pergorbanan yang mesti ditunaikan terhadap anak penyu itu.
            Anak penyu juga perlu hidup aman di alam kurnia tuhan ini. Sukar untuk kita memahami cara kehidupannya yang sentiasa ingin bebas dari segala kekangan. Itulah kehidupan namanya.
            “Lokman! Apa kata emak kau bila kau berterus-terang semalam?” Daniel membuka kata-kata di celah kesunyian yang sengaja mereka ciptakan.
            Lokman tersengeh sahaja mendengar pertanyaan Daniel itu. Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam. 
            “Daniel! Bila aku ingatkan peristiwa semalam aku sesekali berasa amat takut dan terkejut. Tapi bila berada di waktu ini aku berasa amat lucu pulak,” jawap Lokman selamba.
            “Kenapa pulak kau kata begitu?” soal lagi Daniel.
            “Kenapa tidaknya, belumpun aku sempat berterus-terang, ayah aku terlebih dulu bertanya itu dan tentang ini. Naik sebak dada aku menghadapi kedua orang tua aku itu sehinggalah sampai giliran aku berterus-terang pokok pangkalnya,” tambah Lokman lagi. Terpegun sedenak Daniel mendengar keterangan yang keluar dari bibir Lokman itu.
            “Habis apa kata mereka selepas kau berterus-terang?” tanya Daniel lebih lanjut.
            “Tiada apa yang mereka perkatakan. Mereka mendiamkan diri sahaja. Mungkin faham dengan situasi yang sedang melanda dalam diri aku ketika itu.
            Daniel tersenyum. Gembira mungkin. Dan mereka kembali diamkan diri. Sesekali memandang ke arah Sofia, Chong Lie dan Chong Mie yang sedang menatap anak penyu yang berada di dalam baldi di hadapan kedai Puan Maggie. Naik kasihan betul dia kepada ketiga-tiga rakan sebaya itu. Baru sahaja mengenal anak penyu. Tiba-tiba sahaja terpaksa berpisah pula.
            “Hei apa yang engkau orang berdua menungkan. Sejak tadi aku tengok,” tiba-tiba suara Aina memecah dari arah belakang. Ini membuatkan Daniel dan  Lokman terkejut.
            “Kau ni Aina, buat terkejut kita aja,” sampuk Lokman pantas.
            “Tidak ada apa-apa yang kami menungkan. Kau pulak ke mana tadi.” Unsur Daniel pantas. Dia menyedari dari tadi kelibat Aina tidak muncul-muncul. Susah juga dihatinya kalau-kalau Aina lupa akan peristiwa yang akan berlaku sebentar lagi. Dia tidak mahu Aina kempunan melihat anak penyu di saat-saat akhir di samping mereka.
            “Aku balik ke rumah sekejap tadi,” jawap Aina selamba.
            “Kau tau tak pukul berapa  Pegawai Jabatan Perikanan nak datang ke sini?” Soal Lokman tanpa membuang waktu.
            “Menurut kata emak Chong Mie rasa-rasanya lebih kurang setengah jam lagi, sampailah mereka tu,” jawap Aina tanpa teragak-agak.
            Daniel dan Lokman terdiam lagi. Ini bererti masa yang ada untuk mereka menatap anak penyu  sudah hampir ke penghujungnya. Bila-bila masa sahaja anak penyu akan meninggalkan mereka semua. Anak penyu yang membuatkan mereka bertambah rapat dan boleh berkerjasama dalam melakukan sesuatu kerja.
            “Kenapa kau tanya begitu Lokman?” soal pula Aina.
            “Takda apa-apa. Cuma …” berhenti begitu sahaja kata-kata Lokman. Ini membuatkan kedua rakannya kehairanan.
            “Cuma apa Lokman,” giliran Daniel pula bertanya.
            “Cuba kau lihat ke tiga-tiga adik kita itu. Apakah kau tak rasa apa-apa,” unsur Lokman lembut. Semua pandangan beralih arah ke sudut anak penyu yang diletakkan di dalam baldi yang dikelilingi oleh Sofia, Chong Lie dan Chong Mie.
            “Memang aku pun rasa kasihan kepada ke tiga-tiga adik kita itu. Maklumlah terpaksa berpisah dengan anak penyu itu seperti mana kita merasakan sekarang ini,” jawap Aina lemah. Dia boleh membayangkan perasaan yang sedang melanda ke tiga-tiga orang yang sedang melihat anak penyu ketika ini.
            “Tapi apa boleh kita buat. Demi untuk kebaikan anak penyu itu dan juga untuk kebaikan diri kita juga,” tambah Lokman tanpa di pinta. Dia berharap kedua rakannya itu fahami akan maksudnya itu.
            Di penjuru kanan kedai kelihatan Mak Piah, Pak Leman dan juga Puan Maggie sedang rancak berbual dan tanpa disedari tiba-tiba sahaja sebuah kereta berhenti di bahu jalan. Jelas kelihatan tulisan dan logo di pintu depan kereta itu adalah milik Jabatan Perikanan. Berhenti sahaja enjin kereta itu maka keluarlah dua pegawai yang berpakaian kemas berwarna biru yang terus menuju ke arah mereka.
            “Apakah ini rumah Puan Maggie Liu?” tanya salah seorang dari mereka dengan sopan dan pantas menyambut  huluran salam dari Pak Leman yang segera menghampiri mereka.
            “Ya,” jawap Puan Maggie sepatah dan menyambut salam kedua-dua pegawai itu.
            “Apakah benar makluman yang kami terima bahawa di sini ada seekor anak penyu untuk diserahkan kepada pihak kami?” kata pegawai itu lagi yang jelas murah dengan senyuman dan mudah mesra  walaupun pertama kali bertemu.
            “Memang betul. Saya yang telefon pejabat tuan semalam,” jawap Puan Maggie lagi.
            “Di mana anak penyu itu sekarang?” Soal pegawai yang seorang lagi. Dia tercari-cari di mana duduknya anak penyu tersebut.
            “Di dalam baldi ini,” jawap Daniel sambil membibit baidi yang mana terletaknya anak penyu itu dan rakan-rakannya yang lain mengikut dari belakang. Kemudian Daniel memberikan baldi itu kepada rakan  pegawai itu.
            “Wah! Nampak sihat benar anak penyu ini. Siapa yang jumpa anak penyu ini?” Tanya pegawai itu lagi setelah mencapai baldi yang dihulurkan oleh Daniel. Di pegang seketika anak penyu itu. Terkuak-kuak anak penyu bila di angkat naik ke udara.
            Daniel mendiamkan diri. Dia memalingkan wajahnya ke arah Lokman. Kemudian ke  arah Aina, Sofia dan kedua beradik kembar. Mereka memerhati sahaja apa yang dilakukan oleh pegawai itu. Tidak sanggup melihat keadaan anak penyu berada di dalam keadaan itu walaupun tahu penyu boleh hidup di dua alam.
            “Sebenarnya kami berenam yang menjumpai anak penyu ini di tepi pantai beberapa hari yang lalu,” jawap Aina tanpa di duga untuk mewakili rakan-rakan yang lain yang jelas menampakkan kebisuan. Daniel tersenyum ke arah pegawai itu. Dia juga tidak menyangka Aina tiba-tiba berani begitu rupa.
            Kedua pegawai itu membalas senyuman itu. Ini membuatkan mereka berenam menjadi serba salah menghadapi keadaan itu. Manakala Puan Maggie, Mak Piah dan Pak Leman terdiam sambil menggeleng kepalanya yang jelas nampak rambutnya yang banyak putih dari hitamnya.
            Bagi pihak yang berkuasa terhadap anak penyu ini, abang berdua mengucapkan banyak-banyak terima kasih kepada adik-adik semua kerana dapat memberi kerjasama yang sewajarnya,” ucap pegawai itu yang jelas kelihatan terus tersenyum.
            Tidak terduga  oleh mereka akan kata-kata yang terbit dari bibir pegawai Jabatan Perikanan itu. Ini menyebabkan wajah-wajah resah yang dimiliki sebentar tadi berubah dan kembali ceria. Daniel dan Lokman berpelukan puas bersama Lokman. Aina dan Sofia tersenyum gembira. Begitu juga Chong Mie dan Chong Lie yang sesekali memandang ke arah emaknya.
            Puan Maggie membalas senyuman itu. Dia tahu anak-anaknya dapat melakukan yang terbaik buat anak penyu itu di samping bimbingan rakan-rakannya yang di anggap seperti abang sendiri.
            Mereka berasa bangga kerana dapat memberi secebis kasih kepada seekor anak penyu yang dapat mengeratkan lagi nilai sebuah persahabatan mereka yang terjalin selama ini.
            Mereka berpegangan tangan antara satu sama lain lalu menuju ke arah baldi yang di pegang oleh pegawai itu untuk menatap buat kali terakhir  anak penyu itu agar tirai kasih yang mereka semaikan buat anak penyu itu menjadi kenangan indah selama-lamanya.
           
TAMAT



NOVEL KANAK-KANAK: TIRAI KASIH BAB 12

BAB 12

“KITA tidak boleh menyimpan anak penyu ini lebih lama Daniel,” kata Lokman serius.
            Daniel terdiam. Kemudian dia mengalihkan pandangannya seketika ke  arah anak penyu yang sedang gagah berenang. Kemudian dia mengalihkan pandangannya semula ke arah Lokman, Sofia, Aina dan sepasang kembar yang mengelilingi dirinya.
            “Kenapa kita tidak boleh menyimpannya?” soal Daniel ragu-ragu akan kenyataan yang diberikan oleh Lokman tadi.
            “Yalah Abang Lokman. Kamipun ingin tau juga kenapa kita tidak boleh menyimpan anak penyu ini,” kini giliran Chong Lie pula bersuara. Yang lain-lain mengangguk setuju akan pertanyaan Chong Lie itu.
            “Engkau orang nak tau kenapa sebabnya,” sekali lagi Lokman bersuara. Di pandang kesemua wajah-wajah yang berada di sekelilingnya itu. Wajah-wajah yang menanti dengan penuh harapan jawapan yang sedang bermain dalam benaknya. Naik kasihan juga bila dia melihat wajah-wajah itu.
            “Sudah tentu kami ingin tau,” Aina pula bersuara lebih tegas.
            “Baiklah aku boleh beritahu sebabnya. Selepas ini kamu semua boleh berfikir lebih panjang akan nasib anak penyu ini,” terang Lokman yang ternyata membawa satu lagi tanda tanya kepada rakan-rakan yang berada disampinginya itu. Sesekali dia menggaru kepalanya yang tidak gatal dan memegang batang hidungnya yang agak mancung.
            “Fikirkan apa lagi Lokman?” unsur Daniel tegas dan tidak berpuas hati dengan gelagat rakannya itu.
            “Fikirkan tentang nasib anak penyu ini,” ulang Lokman lagi.
            “Kan anak penyu ini selamat berada di dalam tangan kita sekarang,” balas Chong Mie pula dengan wajah yang agak tegang.
            “Betul kata Chong Mie itu,” tambah Sofia yang juga bersetuju dengan jawapan yang diberikan oleg Chong Mie tadi.
            “Memang buat masa ini anak penyu ini selamat berada di dalam jagaan kita. Tapi hari esok kita tidak tau lagi?” tegas Lokman lebih serius.
            “Semalam aku ada terbaca satu rencana yang menarik perhatian aku,” ucap Lokman tiba-tiba.
            “Tentang apa Abang Lokman?” soal Sofia pula. Dia mula tertarik dengan penjelasan Lokman itu. Dia menanti dengan sabar penerangan yang seterusnya dari Lokman. Dia benar-benar ingin tau apa yang bakal dijelaskan.
            “Tentang binatang perlindungan pihak yang berkuasa,” jawap Lokman bernada agak tegas dan bersungguh-sungguh.
            “Habis tu?” Aina pula mula tertarik akan kata-kata Lokman itu.
            “Di  sini aku nak beritahu bahawa anak penyu ini adalah salah satu binatang perlindungan pihak berkuasa. Sesiapapun tidak dibenarkan memeliharanya.” Jelas Lokman tanpa berselindung.
            “Ooohhhh… begitu rupanya, fahamlah kami sekarang,” ulas Daniel . Terangguk-angguk kepalanya tanda faham.
            “Habis macam mana dengan nasib anak penyu ini.” unsur Aina pantas.
            “Apa kata kalau kita lepaskan saja anak penyu ini ke laut,” unsur Lokman selamba.
            Masing-masing terdiam bila mendengar unsur Lokman itu. Masing-masing memikirkan apa yang patut dilakukan terhadap anak penyu itu. Keadaan sebegini amat menyakitkan hati mereka. Bukan senang mereka hendak menjaga anak penyu. Banyak perkara mereka korbankan demi anak penyu itu.
            “Tapi Abang Lokman…” terhenti begitu sahaja bicara Sofia. Di ramas-ramas jejari tangannya untuk menenangkan hatinya yang semakin resah bila mendengar berita tergempar ini.
            “Tapi apa lagi Sofia?” Tanya Daniel kepada adiknya itu.
            “Tapi Sofia sayangkan anak penyu ini…”
            “Ingat apa Lokman kata tadi. Sofia!!! Memang  kita semua sayangkan akan penyu ini. Tapi kita terpaksa juga melakukannya. Anak penyu ini termasuk dalam senarai binatang yang dilindungi oleh pihak yang berkuasa. Bersalah kita jika memeliharanya. Apa  Sofia sanggup ditangkap oleh pihak berkuasa,” terang Daniel panjang lebar. Yang lain-lain tertunduk kaku.
            “Sofia tidak mahu di tangkap oleh pihak berkuasa. Sofia takut abang Daniel.,” jawap Sofia perlahan menahan tangis.
            “Taupun takut,” kata Daniel bernada sindiran.
            “Daniel, kita tidak ada masa panjang untuk memikirkan soal anak penyu ini. Kita mesti membuat keputusan segera mengenai nasib anak penyu ini,” Aina mengambil kesempatan waktu terluang dari kehibaan mereka memikirkan nasib anak penyu yang berada di samping mereka itu.
            “Apa kata kita setuju saja akan cadangan Lokman tadi,” jawap Daniel tegas.
            “Apa kata adik-adik kita semua,” soal Aina kepada Sofia. Kemudian pandangannya beralih ke arah Chong Mie dan Chong Liu yang sejak tadi berdiam diri.
            “Abang Daniel! Chong Lie rasa kita tidak patut melepaskan anak penyu ini,” unsur Chong Lie tiba-tiba.
            “Kenapa pulak Chong Lie?” tegas Lokman terkejut akan kata-kata yang terbit dari bibir Chong Lie.
            “Bagi Chong Lie anak penyu ini masih kecil untuk dilepaskan ke laut. Ianya mungkin tidak selamat bila berada di tengah laut nanti”
            Masing-masing terdiam. Memang ada benarnya pandangan Chong Lie itu. Tak terfikir pula soal itu di benak mereka tadi.
            “Habis apa kita nak buat sekarang?” Aina mencari pandangan rakan-rakannya lagi.
            “Apa kata kita membelanya lebih lama lagi.” potong Chong Mie pula.
            “Kita tidak boleh membelanya lebih lama. Kalau kita membelanya lebih lama bermakna kita menempah lebih banyak kesusahan,” terang Daniel bernada sayu.
            “Kalau macam ni susahlah kita,” Sofia pula menambah.
            “Haaah! Apa kata aku beri satu cadangan,” bersuara pula Aina.
            “Apa dianya?” tegas lagi Lokman.
            “Apa kata kita serahkan anak penyu ini kepada pihak berkuasa,” lepas Aina disertakan sebuah senyuman di bibirnya.
            “Satu cadangan yang amat baik,” jawap Lokman tanda setuju akan cadangan Aina itu. Manakala  Daniel termenung  bila mendengar cadangan Aina itu. Sofia, Chong Lie dan Chong Mie menjadi pemerhati setia.
            “Apa kata kau Daniel?” soal Lokman kepada Daniel yang terdiam itu.
            “Satu cadangan yang bagus Aina. Aku setuju akan cadangan kau itu,” jawap Daniel sambil mengangguk kepalanya.
            Sofia, Chong Mie dan Chong Lie mengikut sahaja apa yang telah dilakukan oleh Daniel tadi menandakan mereka juga bersetuju akan cadangan itu.
            “Habis bila kita nak serahkan anak penyu ini?” Aina bersuara lagi untuk memancing pandangan rakan-rakannya itu.
            “Apa kata kita serahkan anak penyu ini hari esok,” unsur Daniel pantas.
            “Aku setuju,” jawap Lokman pula.
            “Sofiapun setuju!”
            “Kamipun setuju!” serentak Chong Lie dan Chong Mie menjawap.
            “Ainapun setuju kita serahkan anak penyu itu esok. Lagi cepat lagi baik kerana kita akan terlepas dari satu kesalahan yang bukan sengaja kita lakukan.”
            “Yalah Aina. Itulah yang kita harapkan,” jawap Lokman agak gembira bila mencapai kata sepakat dalam siding perbincangan mereka kali ini.
            “Tapi Abang Lokman…” Terhenti lagi bicara Sofia.
            “Tapi apa lagi Sofia?” geram Daniel terhadap karenah adiknya itu.
            “Tapi kita akan sentiasa merindui anak penyu ini,”
            “Ya Sofia, kita akan sentiasa merindui anak penyu ini. Tapi sedarkah kita selama ini membuat satu kesalahan dalam sepanjang memelihara anak penyu ini?” soal Aina tergantung.
            “Kesalahan apa lagi Kak Aina?” soal pula Chong  Lie yang ternyata tidak faham akan kenyataan Aina itu.
            “Kesalahan itu kita lakukan demi kebaikkan anak penyu ini,”Aina menuturkan lagi bicaranya.
            Lokman dan Daniel tersenyum faham. Manakala Sofia, Chog Lie dan Chong Mie masih terpinga-pinga tidak faham akan bicara Aina tadi.
            “Chong Lie masih tidak faham Kak Aina. Apa kesalahan yang telah kita lakukan itu”
            “Cuba Chong Lie fikir lama-lama apa yang telah kita lakukan demi kebaikkan anak penyu ini,” unsur Aina sekali lagi.
            “Sudah Chong Lie fikirkan. Tapi tak terfikir langsung apa yang kakAina maksudkan itu.”
            “Kak Aina berterus-terang sahaja kepada kami bertiga. Kamipun nak tau jugak apa yang telah kita lakukan itu,” sambung Sofia pula.
            “Baiklah kalau begitu. “ jawap Aina sambil tersenyum menatap telatah ketiga-tiga yang kelihatan bersungguh-sungguh hendak mendengar penerangannya itu.
            “Kesalahan itu  kita lakukan terhadap keluarga kita,” jawap Aina perlahan sambil melihat reaksi ketiga-tiga yang sedang menanti tutur katanya  tadi.
            Termenung Chong Lie, Chong Mie dan Sofia bila mendengar bicara Aina itu.
            “Apa kesalahan yasng kita lakukan,” ulang Sofia perlahan.
            “Kakak Aina beritahu saja kepada kami ni,” balas  Chong Lie pula.
            “Kakak Aina, kamipun tidak ada kuasa lagi untuk memikirkan soal ini,” tambah Chong Mie .
            “Baiklah kakak Ainapun naik kasihan jugak melihat kamu semua”
            “Cepatlah Kak Aina apa yang menjadi kesalahan kita itu?” Chong Mie tidak sabar-sabar lagi ingin mendengar jawapan dari Aina.
            Aina tersenyum lagi. Di belai rambut yang  panjang paras belakang itu menutup wajahnya bila di tiup angin.
            “Kak Aina boleh menjelaskan kepada kamu bertiga. Adakah kamu tidak berasa bersalah kepada kedua ibu bapa kita kerana bercakap bohong kepada mereka di setiap kali kita ke pantai. Apakah adik-adik semua tidak berasa bersalah bila mengambil harta benda di rumah kita tanpa memberitahu kepada ahli keluarga kita,” terang Aina lancar.
            Terangguk mereka bertiga dengan penjelasan yang diberikan oleh Aina itu.
            “Kami faham sekarang Kak Aina. Kamipun berasa bersalah tentang perkara itu.” jawap ketiga-tiga rakan sebaya itu serentak sambil mengurut dada masing-masing setelah puas mendengar penjelasan yang di berikan oleh Aina  tadi.
            “Habis tu apa tugas kita selepas ini,” soal Daniel pula agak rakan-rakannya tidak lalai dengan apa yang harus mereka buat selepas ini.
            “Tugas kita ialah berterus-terang kepada ahli keluarga kita dan meminta maaf di atas kesalahan yang telah kita lakukan selama ini,” jawap Lokman bersamangat penuh yakin agar unsurnya diterima sebulat suara oleh rakan-rakan.
            “Betul tak adik-adik semua?” lantang Aina pula.
            “Betul!” jawap mereka bertiga.

            Daniel tersenyum kepada Lokman. Lokman dengan pantas memegang tangan Daniel. Kemudian diikuti pula rakan-rakan yang lain. Bersepakat dalam segala hal. Itulah prinsip yang selalu mereka amalkan dalam menyelesaikan masalah yang datang. 

NOVEL KANAK-KANAK: TIRAI KASIH BAB 11

BAB 11
PUAN Maggie duduk di atas kerusi yang berada di ruang hadapan kedainya yang dari hari ke hari semakin membesar. Di tangannya kemas memegang senaskah akhbar yang berbahasa Melayu yang baru dibelinya. Itulah tabiat Puan Maggie semasa menunggu kehadiran pelanggan yang datang membeli barang-barang keperluan masing-masing.
            Dan tabiat itu akhirnya berjangkit kepada anak-anaknya Chong Mie dan Chong Lie. Dia amat gembira sekali akan kedua anak kembarnya itu yang mana sedikitpun tidak berasa kekok bila berada di dalam masyarakat kampung yang boleh dikatakan hampir keseluruhannya berbangsa Melayu.
Namun ikatan kemesraan yang terjalin antara dua bangsa yang berbeza itu amat membanggakan. Inilah sebabnya dia mahu terus tinggal di kampung yang cantik dengan kekuningan pepasir pantai dan di pelusuk kampung dipenuhi oleh pohon-pohon kelapa yang menjadi penghalang kepada angin kencang yang bertiup di musim tengkujuh.
            Dan sekarang sudah lima puluh tahun dia dan suaminya tinggal di sini. Dia benar-benar berasa aman dan amat sayang untuk tinggalkan kampung nelayan ini. Dalam dirinya sudah sebati satu tanggungjawap yang besar di dalam masyarakat kampung yang boleh dianggap kampung istemewa dalam hidupnya. Lebih-lebih lagi kelima-lima anaknya lahir di sini.
            Puan Maggie tersenyum kecil bila di renung sejenak siapa dirinya kini dan juga mengingatkan tali persahabatan  yang murni  terikat sekian lama.
            “Hai! Apa hal senyum-senyum ni Puan Maggie?” tiba-tiba satu suara memecah di sudut kiri telinganya. Lekas-lekas dia memalingkan wajahnya ke  arah suara yang menegurnya tadi.
            “Ohhh…Makcik Piah rupanya. Terkejut saya tadi,” ucap Puan Maggie perlahan. Akhbar di tangannya diletakkan di atas kerusi. Dia terus menuju ke  arah Mak Piah yang mula masuk ke dalam kedainya itu.
            “Maafkan saya kalau menganggu tadi,” ucap Makcik Piah lagi.
            “Apa yang hendak saya maafkan. Mak Piah tak buat salah kepada saya tadi. Yang nyata saya yang salah kerana sempat berangan-angan tadi,” balas Puan Maggie sambil menyentuh lembut jejari tangan Mak Piah. Di bibirnya terukir sebuah senyuman menyambut kedatangan pelanggannya itu.
            Dia sedikit hairan dengan kehadiran Mak Piah kali ini. Dia jarang benar melihat Mak Piah datang sendiri membeli keperluan harian keluarganya. Biasanya Pak Din yang datang mencari apa-apa keperluannya.
            Pak Din yang seorang yang peramah dan mudah mesra dengan semua orang. Ini terbukti tiada siapa yang tidak kenal dengan Pak Din di kampung ini.  Suka menolong orang dan tidak lokek ilmu.
            Mak Piah pula dia kenal sejak mula-mula tinggal di kampong ini puluhan tahun yang lalu. Mak Piahlah orang pertama yang kenali dulu. Dia menganggap Mak Piah seperti kakaknya sendiri.  Walaupun  berlainan bangsa erti nilai perhubungan yang terjalin terlalu berharga buat dirinya.  
            “Apa yang puan angankan?” soal Mak Piah lembut.
Puan Maggie tersenyum. Dia membiarkan sahaja seketika solan yang dikemukakan Pak Piah itu. Diperhatikan sahaja gelagat Mak Piah yang ralit meninjau barang-barang di kedainya itu. Dia tahu Mak Piah seorang yang berhati-hati dalam mencari sesuatu benda. Sebab itulah bila dia berkunjung ke rumah Mak Piah, dia berasa amat senang sekali. Di sekitar rumah Mak Piah amat bersih.
Kalau di luar rumah begitu apa lagi di dalam rumah. Duduk di dalam rumah Mak Piah tidak akan terasa hendak balik. Cantik sekali. Cantik dengan perhiasan-perhiasan yang di buat dari bahan-bahan terpakai.
            “Takda apa-apa Mak Piah. Hanya memikirkan soal anak-anak kita tu,” terang Puan Maggie jujur.
            “Apa hal dengan anak-anak Puan Maggie?” tanya  lagi Mak Piah.
            Puan Maggie terdiam sebentar. Kemudian menyambung bicaranya.
            “Sejak beberapa hari kebelakangan ini saya lihat kedua anak kembar saya itu pelik sedikit,” terang lagi Puan Maggie.
            “Pelik macam mana Puan Maggie?”
            “Selalu tidak lekat di rumah. Asyik keluar bermain di pantai sahaja,” jawap Puan Maggie lagi. Mak Piah tersenyum sambil menganggukkan kepalanya beberapa kali. Kini dia tahu sebab-sebab mengapa Puan Maggie termenung tadi. Rupa-rupanya soal anak-anak. Tapi dia amat kenal anak-anak Puan Maggie itu. Dari pandangan mata kasarnya tiada apa-apa yang perlu dirisaukan oleh Puan Maggie terhadap anak-anaknya itu.
            “Wah! Nampaknya kita ada satu masalah yang sama Puan Maggie,” tambah Mak Piah selamba. Dia merapatkan tubuhnya di sisi Puan Maggie. Puan Maggie pula mengambil satu lagi kerusi yang berada dekat pintu besar kedainya itu lalu diletakkan bersebelahan kerusi yang didudukinya tadi. Dia menarik tangan Mak Piah kea rah kerusi itu. Disuruhnya duduk. Dia mahu mendengar cerita yang lebih panjang dari bibir Mak Piah kali ini.
            Dia hendak mendengar dengan lebih terperinci cerita yang bakal disajikan oleh Mak Piah kepadanya kali ini. Bukan cerita tentang orang-orang kampong atau cerita yang sudah berlaku di dalam kampong ini. dia hanya mahu mendengar cerita tentang anak-anak mereka. Cerita itu sahaja yang sedang bermain di dalam benaknya kini.
            “Apa maksud Mak Piah?” Tanya Puan Maggie dan menatap tepat ke wajah Mak Piah mencari kepastian. Mak Piah tersenyum lagi. Dia tahu Puan Maggie tidak sabar mendengar ceritanya.
            “Anak saya Daniel dan Sofia jugak hari-hari kebelakangan ini suka keluar rumah. Sedangkan selama ini tabiat itu tidak selalu berlaku kepada kedua anak saya itu,” terang Mak Piah pula.
            Ini membuatkan keadaan sunyi seketika. Masing-masing bermain dengan perasaan masing-masing. Mungkin memikirkan secara spontan akan kelakuan anak-anak mereka.
            “Mak Piah!”
            “Apa dia Puan Maggie?” balas Mak Piah pantas.
            “Mungkin anak-anak kita mempunyai satu sebab yang sama,” ucap Puan Maggie sungguh-sungguh. Hanya itu yang mula datang di dalam benaknya kini. Dia merasakan begitu kerana tiba-tiba sahaja Mak Piah juga mengalami keadaan yang sama seperti dirinya. Anak-anak yang tiba-tiba berubah laku dengan tiba-tiba juga. Serentak pula tu. Tentu ada berkaitan antara satu sama lain.
            Mak Piah termenung lagi. Memikirkan apa yang diucapkan oleh Puan Maggie tadi. Ada betulnya kata-kata yang terbit dari bibir Puan Maggie itu. Kalau dia tidak ke kedai  kali ini, sudah tentu perkara ini tidak akan berbangkit. Ini bermakna dia mengalami masalah yang sama dengan Puan Maggie.
            “Mungkin jugak Puan Maggie,” balas Mak Piah agak ragu-ragu. Untuk benar-benar yakin dia masih lagi kabur dengan apa yang terjadi. Dia perlu siasat dengan lebih mendalam lagi akan kegiatan anak-anaknya akhir-akhir ini. Tapi dia yakin dapat menyelesiakan perkara ini secepat mungkin jika dia mendapat bantuan Puan Maggie.
            “Saya yakin anak-anak kita itu mempunyai sebab yang sama,” bertambah geram Puan Maggie lagi akan perkara yang dibangkitkan kali ini. Dia tidak mahu mendengar perkara-perkara yang buruk yang dilakukan oleh anak-anaknya itu. Dari kecil dia mendidik anak-anaknya dengan belaian kasih sayang dan nilai-nilai murni untuk terus hidup rukun damai dalam masyarakat yang besar ini.
            “Kenapa Puan Maggie yakin sebegitu?” unsur Mak Piah lagi. Dia harus member peluang kepada Puan Maggie memberi teori mengapa anak-anak mereka terjadi begitu rupa.
            “Sebabnya anak-anak kita itu berkawan rapat.” Ringkas dan padat. Mak Piah terdiam sejenak. Ada betulnya kata-kata Puan Maggie itu.
            “Betul jugak kata Puan Maggie itu. Sekarang saya jugak yakin yang anak-anak kita telah melakukan sesuatu yang di luar pengetahuan kita.”
            “Saya juga menganggap begitu. Ini membuatkan saya agak risau kepada anak-anak kita itu. Saya takut mereka buat kerja yang tidak elok di pantai itu.” Tambah Puan Maggie lagi. Mak Piah diam sahaja. Diwajahnya juga menampakkan keresahan.
            “Habis apa kita nak buat Puan Maggie?”
            “Kita lihat dulu. Dalam itu kita selidik sedikit demi sedikit apa yang mereka lakukan. Kita jangan buat mereka terkejut. Kalau kita buat begitu kita pasti mengalami lebih banyak masalah pula,” terang Puan Maggie dan Mak Piah menganggup faham.
            “Apa kata kita bertanya kepada anak-anak kita itu secara lembut agar terbuka hati mereka memberitahu perkara yang sebenar berlaku.”Balas Mak Piah pula.
            “Itulah jalan yang sebaiknya. Kita tidak perlu memaksa anak-anak kita menjawap segala persoalan yang bermain di dalam diri kita sekarang. Saya yakin anak-anak kita boleh bercakap berterus-terang kepada kita,” ucap Puan Maggie lagi. 
            “Apakah kita ada sesuatu benda yang boleh memerangkap anak-anak kita,” unsur Mak Piah bersungguh-sungguh.
            Puan Maggie termenung seketika. “ Hah! Saya ada satu benda yang boleh memerangkap anak kita tu,” balas Puan Maggie sambil mengusap perlahan anak rambutnya.
            “Apa dianya Puan Maggie?”
            “Mak Piah boleh bertanya apa yang di buat oleh anak-anak kita tentang baldi yang berada di belakang kedai saya yang tiba-tiba hilang. Mungkin mereka yang mengambilnya.” Jawap Puan Maggie sungguh-sungguh.
            “Baldi Puan Maggie hilang.” Berkerut wajah Mak Piah mendengar berita itu. Selama ini tidak pernah dia mendengar Puan Maggie merungut kehilangan sesuatu. Hari ini hari pertama dia mendengarnya.
            “Tapi saya yakin baldi itu di ambil oleh anak-anak saya,” ucap Puan Maggie lagi.
            “Kenapa kata anak-anak puan yang mengambilnya?” bertambah hairan Mak Piah di dalam hatinya.
            “Sebab saya yakin yang anak-anak saya mengambilnya kerana melihat akan percakapan anak-anak saya yang teragak-agak bila di tanya akan hal itu.” Sambung lagi Puan Maggie.
            “Pening jugak bila anak-anak buat hal tanpa pengetahuan kita,” geram Mak Piah tiba-tiba.
            “Apa nak di buat Mak Piah. Anak-anak kita itu dari hari ke hari semakin membesar dan akal fikirannya semakin cergas,” ulas Puan Maggie lagi.
            “Itu saya tau Puan Maggie. Tapi anak-anak kita berubah secara mengejut.” Bertambah geram Mak Piah bila memikirkan kelakuan anak akhir-akhir ini.
            “Oooohhh… yaaa… bukan kita sahaja yang runsingkan anak-anak itu. Bahkan Pak Leman jugak risaukan kelakuan anaknya yang bernama Lokman,” tambah Puan Maggie.
            “Apa yang telah Lokman lakukan?” tanya Mak Piah tegas.
            “Kata Pak Leman anaknya itu telah mengambil kayu yang berada di belakang rumahnya. Bila di tanya di buat apa dengan kayu itu tiada jawapan yang muncul dari bibir anaknya itu,” balas Puan Maggie lagi.
            “Pelik betul anak-anak zaman sekarang ini. Ada sahaja perkara yang tidak terduga terjadi. Dan saya rasa perkara ini mungkin bersangkutan dengan soal anak kita Puan Manggie,” Mak Piah membuat tekaan sendiri.
            “Saya jugak rasa begitu,” ulang Puan Maggie.
            “Kini jelas kita dapat satu lagi perkara untuk memerangkap anak-anak kita itu,” gembira tidak kepalang Mak Piah setelah mempunyai daya dan kekuatan untuk berhadapan dengan keranah anak-anak kesayangannya itu.
            Sesungguhnya dia tidak mahu terjadi sesuatu yang buruk kepada anak-anaknya itu. Dia benar-benar rasa bimbang jika anak-anaknya melakukan perkara buruk di sebaliknya. Dia mahu anaknya belajar bersungguh-sungguh dan mendapat kehidupan yang lebih baik daripada kehidupan dirinya sekarang.
            Dia jugak tidak mahu anaknya mengungkit yang dia tidak memberi kasih sayang yang lengkap lebih-lebih lagi dalam soal pelajaran. Dia semaunya ingin memberi peluang belajar kepada semua anak-anaknya sebanyak mungkin yang termampu dia berikan. Itulah harapan dia agar anak-anaknya menjadi orang yang berilmu dan dapat menyebarkan ilmu yang diperolehi kepada orang lain pula.
            “Mak Piah!”
            “Yaaa… saya, Paun Maggie,” jawap Mak Piah teragak-agak.

            “Berkhayal pulak Mak Piah. Tadi saya kini giliran Mak Piah pula,” ucap Puan Maggie dan sedetik kemudian kedengaran gelak-tawa mereka berdua.          

NOVEL KANAK-KANAK: TIRAI KASIH BAB10

BAB 10
Mereka mesti segera sampai di rumah Abang Daniel. Tidak sabar rasanya untuk maklumkan apa yang terjadi petang ini. Ini perkara penting. Penting kepada mereka yang menyayangi anak penyu yang berada di dalam baldi.
            Langkah-langkah pantas diteruskan oleh kedua adik-beradik itu. Tidak ditoleh ke kiri dan ke kanan langkah mereka. Di benak masing-masing tidak memikirkan perkara lain selain tentang anak penyu kesayangan mereka.
            Mereka betul-betul terkejut dan hairan. Macam mana boleh berlaku.
            “Apa rasa Chong Lie jika abang Daniel tahu tentang ini?” kata Chong Mie memecah kesunyian yang mereka ciptakan sepanjang perjalanan.
            “Entahlah Mie. “ balas Chong Lie tidak banyak cakap.
            “Terkejut ke tidak mereka tu?” soal lagi Chong Mie.
            “Chong Lie Rasa tentu mereka terkejut gila. Lebih-lebih lagi Sofia.” tambah pula Chong Mie.
            Mereka meneruskan perjalanan yang dirasakan lambat untuk sampai ke rumah Abang Daniel. Perkara penting dan mengejut ini harus disampaikan segera. Mereka tidak mahu disalahkan  jika dikatakan lambat menyampaikan berita ini.
            Berita yang boleh membuatkan seseorang menangis kehibaan. Mereka tidak menyangka  Para yang mereka bina boleh terjadi begitu.  Mereka tidak tahu siapa punya angkara.
            “Semalam ributkan Chong Mie?” unsur pula Chong Lie tiba-tiba.
            “Yalah! Kencang sungguh.Dalam pukul dua pagi. Rumah  macam bergoyang ditiup angin,” jawap Chong Mie pantas.
            “Kau buat apa masa tu?” soal Chong  Lie lagi.
            “Aku bangun kerana hendak terbuang air,” jelas Chong Mie.
            “Apakah para tu jadi begitu kerana ribut semalam,” unsur Chong Lie yang masih tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi.
            “Mungkin jugak. Maklumlah bangsal tu bukanlah kuat sangat. Buatannya pun ringkas sahaja.”
            Kedua beradik itu berjalan beriringan. Tidak seperti tadi seorang di depan seorang di belakang. Terasa penat bila berlari dalam keadaan fikiran tidak menentu. Celaru dengan apa yang sedang difikirkan.
            Lebih-lebih lagi mereka juga perlu berhati-hati berjalan di sepanjang kebun kelapa milik orang kampung yang kini jelas kelihatan tidak berapa terurus. Pelepah- pelepah daun kelapa tua yang gugur ke bumi berselerak sana- sini. Tidak dibersihkan dengan baik.
            Manakala buah-buah kelapa tua bertaburan seolah-olah tiada harganya sedangkan nilainya di pasar-pasar di pekan dan bandar amat tinggi. Inilah manusia sekarang tidak mahu mengambil kesempatan yang ada di depan mata.
            Walaupun angin Tenggara terus bertiup kencang kedua-duanya tetap terasa hangat di tubuh kerana keletihan fizikal dan mental. Ini gara-gara kerana disebabkan anak penyu kesayangan mereka.
            “Kenapa nampak kelam-kabut  ni?” tiba-tiba satu suara menerjah ke cuping telinga mereka di sudut kanan mereka. Pantas mereka berpaling dari arah suara yang muncul.
            Kelihatan Abang Lokman, Abang  Daniel, Aina dan Sofia. Chong Mie dan Chong Lie berpandangan satu sama lain. Chong Mie dan Chong Lie terkejut dengan kehadiran mereka semua secara serentak.
            “Kenapa ni? Macam orang kena kejar di anjing aja” celah pula Aina.
            “Buat apa kamu berdua dekat kebun kelapa orang ni?” tambah Daniel.
            “Nanti tak pasal-pasal di tuduh orang pencuri buah kelapa, baru tau,” celah Lokman.
            Bertubi-tubi mereka menyoal. Chong Mie dan Chong Lie menarik nafas kelegaan seketika dengan kehadiran mereka yang tiba-tiba itu tanpa menjawap soalan yang dikemukakan itu.
             Chong  Lie memandang Chong Mie agar menjawap apa yang terpendam di sepanjang mereka tadi.
            “Kenapa diam ni?” tekan Daniel lagi.
            “Suuu… sahh nak cakap…?”  tergagag-gagap Chong Lie. Dia tidak tau hendak dimulakan yang mana satu. Lebih-lebih lagi dia tidak sanggup melihat reaksi rakan-rakan baiknya menerima berita yang mengejut dan menggemparkan ini.
            “Apa yang disusahkan. Nampak kamu berdua macam orang dalam kecemasan dan ketakutan aja.” kata Lokman pula.
            “Ke kamu berdua kena di kejar dek anjing liar? Maklumlah semalam beberapa ekor anjing liar mengamuk dekat pantai.” tambah Aina yang menatap ke wajah-wajah sepasang kembar itu penuh minat.
            Chong Mie dan Chong Lie bertambah resah bila mendengar berita tentang anjing itu.
            “Betul ke anjing mengamuk Kak Aina?” Chong Lie bertanya kembali soal itu.
            “Betul,” jawap Aina sepatah.
            “Patutlah…” terkeluar perkataan itu di bibir Chong Mie.
            “Apa yang patut?” soal pula Sofia tidak faham apa-apa yang dimaksudkan oleh Chong  Mie itu.
            “Yalah apa yang patut ni.” ulang pula Daniel.
            “Sebenarnya kami berdua sudah pergi ke bangsal.” Chong Mie mula mengambil kesempatan yang ada.
            “Habis tu?” potong Lokman.
            Chong Mie terdiam. Dia tidak sanggup menyatakan apa yang terjadi. Dia tertunduk kaku. Chong Lie juga keresahan yang teramat sangat. Tapi dia mesti menyampaikan apa yang berlaku petang ini.
            “Apa semuanya ni Chong Lie.” soal Lokman pula sambil tangan kanannya menepuk bahu Chong Lie.
            “Yang sebenarnya…” terhenti juga bicara Chong Lie.
             Lokman memandang Daniel. Daniel tersenyum sahaja.
            “Kenapa abang Daniel tersenyum.” Chong Mie tidak berpuas hati.
            “Tak boleh tersenyum ke?” balas Daniel.
            “Bukan tak boleh. Tapi ….”
            “Tapi apa Chong Lie?” tegas Aina pula.
            “Aaannnaakk! pepe… nnyyuu….  kkiittaa,” jawap Chong Mie lemah dan terharu.
            “Kenapa anak penyu kita?” Aina buat-buat terkejut.
            “Anak penyu kita sudah hilang,” balas Chong Lie pula.
            “Hilang? Betul ke?” tekan Daniel pula.
            “Betul abang, para yang kita buat pun sudah rosak. Jatuh ke tanah.” terang Chong Mie penuh yakin.
            Daniel menahan tawa. Lokman juga begitu. Aina memalingkan wajahnya ke arah lain. Tidak sanggup dia hendak melihat kedua beradik kembar itu. Sofia akhirnya ketawa terbahak-bahak. Ini menyebabkan Chong Lie dan Chong Mie menjadi kehairanan dengan gelagat- gelagat yang muncul dikelilinginya. Yang sepatutnya mereka mesti turut bersedih seperti mereka berdua.
            “Yang sebenarnya anak penyu kita masih selamat,” jelas Daniel akhirnya.
            “Anak penyu kita selamat, di mana?” teriak Chong Lie tidak sabar-sabar.
            “Ada tergantung dekat pokok Ketapang tepi bangsal.” jawap Lokman pula.
            “Kenapa di gantung baldi  itu di situ.” soal pula Chong Mie.
            “Semalam, selepas balik dari kelas malam di sekolah abang Daniel dan abang Lokman pergi tinjau bangsal. Kami  tengok beberapa ekor anjing liar masuk ke bangsal. Kemudian kedengaran anjing-anjing itu berkelahi antara satu lain. Abangpun mengambil beberapa ketul batu lalu dibalingkan ke arah bangsal itu. Beberapa saat kemudian anjing-anjing itu bertaburan melarikan diri.”
            “Habis macam mana keadaan anak penyu selepas tu,” soal Chong Lie penuh minat.
            “Bila abang masuk kelihatan Para runtuh disebabkan perkelahian anjing itu. Tetapi nasib baik baldi anak penyu jatuh dalam keadaan baik di atas pukat.” tambah lagi Lokman.
            “Oooo..gitu cerita. Legaa rasanya saya,” tambah Chong Lie sambil mengurut dadanya.
            “Saya juga begitu,” ulang pula Chong Mie.

            Serentak mereka ketawa. Syukur anak penyu berada di dalam keadaan yang terbaik.  

NOVEL KANAK-KANAK: TIRAI KASIH BAB 9

BAB 9
“Kita sudah lewat ni Lokman.”
            “Memang lewat pun. Tapi semalam aku dan Aina sudah cakap pada Chong Lie yang kami akan datang lewat sedikit petang ini,” balas Lokman yang berjalan di belakang Daniel.
            “Yalah Daniel. Aku yakin mereka tidak risau akan kita semua walaupun terlambat sikit,” sokong Aina pula. Sofia yang berjalan beriringan dengannya hanya berdiam diri.
            Sofia merasakan Chong Lie dan Chong Mie tentu tengah resah menanti kedatangan mereka petang ini. Maklumlah selama ini tidak pernah kelewatan sebegini. Tambahan pula Chong Lie dan Chong Mie berdarah gemuruh. Cepat lemah semangat. Ini juga membuatnya  risau kalau-kalau sedua-dua beradik melarikan diri balik ke rumah sebelum mereka sampai.
            “Hai Sofia, kenapa diam saja nampak.” usik Lokman tiba-tiba.
            “Takda apa-apalah Abang Lokman.”jawap Sofia ringkas.
            “Habis kalau tidak ada apa-apa kenapa diam memanjang. Tak seperti biasa yang selalu riuh dengan berbagai topik,” tambah pula Aina sambil memeluk pinggang Sofia lembut. Sofia menggeliat kegelian. Berlari anak dia agak Aina melepaskan dirinya itu.
            “Betul tak ada apa-apa?” tekan pula Daniel.
            “Bukan hari ini abang kenal adik abang sorang ni.” desak lagi Daniel.
            Sofia terdiam. Namun langkahnya semakin dilajukan. Dia semaunya cepat sampai ke pantai. Dia tidak mahu dua rakannya tertunggu-tunggu di pantai yang tentu disapa oleh Angin Tenggara yang agak kencang hari ini.
            Mana tidaknya di sepanjang jalan ini pun rambutnya yang agak panjang berterbangan di tiup angin itu.
            “Ke Sofia ada simpan rahsia sesuatu ni.” duga Daniel tiba-tiba.
            “Takdalah Abang Daniel ,” bantah Sofia sungguh-sungguh.
            “Habis tu kenapa terdiam memanjang?” soal kembali Lokman.
            “Yang sebenarnya Sofia sedang…”
            “Sedang apa Sofia,” potong Daniel pantas.
            “Ingat anak penyu ke?” tambah lagi Daniel.
            “Bukanlah!” bantah Sofia keras.
            “Habis tu?” Lokman mencelah.
            “Beri peluang Sofia bercakap dulu. Jangan terlalu menekan Sofia.” Aina memberi ruang untuk Sofia menenangkan diri seketika. Daniel dan Lokman mengangguk faham akan kesilapan mereka tadi.
            “Yang sebenarnya Sofia bimbangkan Si Mie dan Lie. Tentu mereka dalam kerisauan menanti kedatangan kita semua. Tambahan pulak …” terhenti seketika bicara Sofia. Dia menarik nafas perlahan-lahan. Matanya terus memandang kehadapan maklumkah keadaan jalan kampung nampaknya banyak tidak terurus. Banyak menjadi semak samun.
            Takut juga kalau-kalau ada binatang berbisa. Baik berhati-hati sebelum kena. Itulah pesan orang tua-tua.
            “Apa lagi Sofia..” desak Daniel.
            “Tambahan pula Chong Lie dan Chong Mie tidak tahu keadaan anak penyu kita tu,” unsur Sofia spontan.
            Termenung Daniel. Juga Lokman. Tiba-tiba sahaja mereka menghentikan langkah masing-masing. Aina terkedu mendengar perjelasan Sofia itu.
            “Betul jugak kata kau tu Sofia,” akhirmya Daniel bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Sofia itu.
            “Aku juga tak terfikir soal itu.” Sambung pula Lokman.
            Jelas di wajah mereka merasa kesal.
            “Aku juga terlupa beritahu mereka semalam ketika membeli barangan dapur yang di suruh oleh emakku semalam,” ucap Aina kesal.
            “Samalah aku ni. Kenapalah jadi begini?” Lokman menepuk-nepuk tangan kirinya ke dahi.
            “Sebab abang dan kakak sibuk dengan aktiviti-aktiviti dekat sekolah tu. Tambahan pulak berlaku pulak kekecohan semalam,” hentam Sofia tegas.
            “Habis macam mana keadaan mereka ketika ni. Tak boleh aku bayangkan..” kendur suara Aina.
            “Entahlah aku pun tidak boleh bayangkan.”
            “Habis tu apa yang harus kita buat sekarang.?” Tegas Lokman yang menggaru kepalanya yang tidak gatal itu.
            “Habis apa lagi. Kita jalan lebih pantas lagi agar cepat sampai ke pantai sebelum Chong Mie dan Chong Lie balik ke rumahnya.” unsur lagi Sofia yang semain pintar nampaknya petang itu.
            “Jika kita tak sempat jumpa mereka tentu lebih rumit jadinya.” sambung lagi Sofia.
            “Rumit! Rumit apa lagi Sofia,” soal Lokman pula.
            “Takut-takut rahsia anak penyu itu akan terbongkar.” terang Sofia jelas.
            Sekali lagi mereka terhenti langkah. Mereka sedar mereka telah melakukan kesilapan kecil tapi boleh mengundang kemusnahan rahsia yang terpendam selama beberapa hari ini. Perkara inilah yang harus mereka menghalang berlaku. Namun apa yang mampu mereka buat tika ini.
            “Benar juga kata Sofia itu Daniel. Kita harus cepat ke pantai agar kita masih sempat bertemu Chong Mie dan Chong Lie.” suruh Aina agar mendesak.
            “Itulah yang seharusnya kita buat tika ini,” tegas lagi Lokman.

            “Jomlah!!” perintah Daniel yang mula mengorak langkah lebih cepat dan sesekali berlari anak.  

NOVEL KANAK-KANAK: TIRAI KASIH BAB 8

BAB 8
“Macam mana ni Mie?” cemas benar Chong Lie. Ke hujung ke hilir mereka berdua mencari sesuatu. Bagaikan orang kehilangan sesuatu yang teramat penting dalam hidup.
Di wajah mereka berdua jelas kekejutan. Kerisauan yang teramat sangat.
            “Kita ke rumah Abang Daniel,” unsur Chong Mie pantas.
            Chong Lie termenung seketika. Dia tidak tahu apa yang patut dilakukan sekarang. “Baiklah, kita ke rumah Abang Daniel sekarang. Kita beritahu sahaja apa yang terjadi.” setuju Chong Lie.
            “Itu yang terbaik kita boleh lakukan. Mana tahu rakan-rakan yang lain boleh menyelesaikan masalah yang sedang kita alami sekarang.” tambah Chong Mie yang sedang memandang ke arah air laut yang sedang bergelora kerana di tiup oleh Angin Tenggara. Manakala cahaya matahari terus memancar terik walaupun petang semakin lanjut.
               “Baik kita tunggu mereka di sini dulu. Bukankah mereka juga nak datang ke sini,” unsur Chong Mie sambil meraut wajahnya dengan tangan kanannya. Di tenung jauh-jauh matanya ke arah lautan yang luas. Dibiarkan rambutnya diterbangkan angin. Terasa segar bila alami situasi begitu.
            “Sampai bila kita nak tunggu?” balas Chong Lie tidak berpuas hati dengan saranan Chong Mie tadi. Dia sebenarnya tidak sabar dengan apa yang terjadi.
            “Kita tunggu dalam lima belas minit lagi,” balas Chong mie sambil menatap seketika ke jam kesayangannya di tangan.
            Chong Lie mengangguk setuju. Dalam pada itu mereka terus mencari di setiap penjuru bangsal. Baik di dalam bangsal maupun di seluruh luar bangsar. Namun sia-sia belaka kerana apa yang di cari tidak juga dijumpai.
            “Bagaimana boleh terjadi macam ni Chong Lie?” tiba-tiba Chong Mie bersuara.
            “Entahlah? Para sudah tinggi kita buat.”
            “Apakah ada orang lain yang tau tentang anak penyu kita?”
            “Tidak mungkin ada orang lain yang tau. Ini rahsia kita berenam. Tidak mungkin rahsia kita telah diketahui oleh orang lain. Melainkan…” Chong Lie ragu-ragu untuk menyatakan seterusnya. Di benaknya tidak percaya jika di antara mereka mendedahkan rahsia anak penyu kesayangan mereka ini. Bersusah payah mereka membuat para untuk diletakkan anak penyu supaya selamat dari segala ancaman bahaya yang mungkin mendatang.
            “Mengapa pulak Abang Daniel dan Sofia lambat sampai ke sini petang ini. Biasanya mereka yang dahulu sampai ke sini.” Celah Chong Mie tiba-tiba. Dibenaknya mula datang yang bukan-bukan.
            “Yalah Mie. Hairan juga Lie pada mereka berdua tu. Apakah mereka ada masalah di rumah. Maklumlah setiap hari keluar rumah. Tentu ada banyak soal maknya?” tambah pula Chong Lie.
            “Habis macam mana pulak dengan Abang Lokman dan kakak Aina?”
            “Malam tadi Abang Lokman dan Kak Aina ada datang dekat rumah. Beli barangan dapur. Mereka cakap pada Chong Lie mereka akan datang lewat sikit petang ini,”  terang  Chong Lie dengan apa yang telah dimaklumkan oleh Lokman dan Aina semalam.
            “Mengapa mereka datang lewat? Ada masalahkah?” Chong Mie kehairanan.
            “Kalau  semalam mereka tiada masalah.” jawap Chong Lie tanpa ragu.
            “Habis tu?”
            “Abang Lokman dan Kak Aina kena pergi ke sekolah sekejap. Mereka berdua ada kerja yang perlu diselesaikan.” terang Chong Lie penuh yakin.
            “Waktu semakin suntuk ni, apa kata kita ke rumah Abang Daniel saja. “
            “Jomlah. Hati Chong Lie betul-betul risau ni.”

            Lekas-lekas mereka berlari. Di ingatan mereka jelas terbayang akan anak penyu kesayangan mereka.   

NOVEL KANAK-KANAK: TIRAI KASIH BAB 7

BAB 7
Sudah satu jam pelajar-pelajar Kelas 6 Arif menunggu kedatangan Cikgu Zainun. Kelibat Cikgu Zainun masih lagi tidak muncul. Entah di mana dia sekarang ketika ini.  Sekali  gus membuatkan waktu kelas malam tertangguh selama itu.
            Daniel dan Lokman berdiri di hadapan pintu bilik darjah. Di wajah mereka sudah menunjukkan rasa tidak sedap hati.  Cikgu  Zainun biasanya tidak begini. Dia seorang guru yang amat mementingkan masa. Seorang guru contoh di sekolah. Selalu tepat bila berjanji.
            “Daniel! Lokman!” laung Aina tiba-tiba yang berada di bangku belakang kelas sambil melambaikan tangan kanannya beberapa kali. Semyuman manis tetap terukir di bibir Aina. Senang hati bila di pandang oleh sesiapapun.
Daniel dan Lokman memandang sekilas ke  arah Aina bila nama mereka di sebut tadi. Entah apa yang dimahukan oleh Aina tika ini. Sudahlah mereka susah hati bila memikirkan tentang Cikgu Zinun yang tidak muncul-mucul.
            “Buat apa berdiri depan pintu tu… mari sini kita sembang-sembang..” laung lagi Aina.
Entah apa yang terkena Aina ketika ini. Biasanya dia tidak begitu. Dia bukan seorang yang suka berbual kosong.  Daniel dan Lokman serentak menggaru kepala mereka. Macam-macam perkara berlaku malam ini. Pelik dan merisaukan.
            Serentak itu mereka bergerak perlahan-lahan ke  arah Aina yang masih setia duduk di kerusi belakang milik Julia. Di atas bangku di hadapan Aina kelihatan buku-buku latihan Bahasa Melayu milik Aina tersusun rapi. Itulah Aina, seorang pelajar yang terkenal dengan gelaran Ulat Buku. Buku tidak akan hilang disisi Aina. Buku adalah teman paling rapat bagi Aina.
            Maka Aina menjadi mangsa kepada kawan-kawan di dalam kelasnya. Segala maklumat yang lebih terkini dan mendalam yang perlu diketahui oleh rakan-rakan di dalam kelasnya akan di rujuk kepada Aina. Tambahan pulak Aina seorang yang tidak kedekut ilmu dan suka menolong rakan-rakan yang berada di dalam kelas. Sifat Aina ini amat terpuji, namun di hati Daniel dan Lokman sedikit ada kekesalan. Apa tidaknya, ramai rakan-rakan di dalam kelas mengambil kesempatan di atas kebaikan yang dihulurkan oleh Aina.
            Tapi Aina bukan tidak tahu tentang sikap rakan-rakan itu. Dia buat tidak tau saja. Dia tidak sedikitpun terasa hati dengan apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakannya itu. Di dalam hatinya sudah terpahat kukuh dengan niat yang ikhlas untuk membantu. Dia tidak meminta balasan di atas apa yang telah dilakukannya itu. Hanya perkara kecil baginya.
            “Apa kau orang berdua buat dekat pintu tu…nak jadi Pengawal Keselamatan ke?” sindir Aina tiba-tiba apabila sampainya Daniel dan Lokman disisinya. Julia dan  Norhayati yang berada di sebelah Aina tersengeh-sengeh bila mendengar ucapan Aina yang ditujukan kepada dua jejaka yang sangat terkenal di sekolah ini. Tambahan pulak di wajah kedua-dua jejakan itu tiba-tiba sahaja berubah bila di sindir begitu.
            Cepat-cepat Julia dan Norhayati bangun dari tempat duduknya lalu berjalan ke  arah kelompak pelajar perempuan yang sedang rancak berbual di ruang meja guru di hadapan depan kelas. Mereka tidak mahu terkena api kemarahan yang mungkin muncul dari bibir-bibir petah milik Daniel dan Lokman.  Sekali mereka keluarkan kata-kata tidak terlawan oleh rakan-rakan di dalam kelas ini.
            Hanya Aina yang selama ini dapat bertahan dengan sikap dua jejaka popular itu. Ainalah tempat mereka selalu mencari tempat bergantung bila di desak-desak bertubi-tubi oleh Daniel dan Lokman bila melakukan sesuatu projek yang diberikan oleh guru-guru.
            Namun begitu Daniel dan Lokman seperti Aina juga, suka menolong rakan-rakan. Ringan tangan dalam melakukan apa-apa perkara yang diarahkan oleh guru-guru. Bersungguh-sungguh dalam melakukan apa-pa perkara yang di suruh melakukannya. Inilah faktor-faktor yang banyak mendorong kejayaan yang cemerlang yang dimiliki oleh Daniel dan Lokman.
            “Apa ke hal kau ni Aina…? Lokman mula bersuara tidak puas hati dengan kata-kata Aina tadi. Daniel memandang tajam ke  arah Aina. Di dalam dadanya tersembunyi  perasaan yang sama dengan Lokman itu.
            “Nak marah ke?” ucap lagi Aina sambil tersengeh melihat dua jejaka didepannya itu.
            “Apa tidaknya…sedap-sedap kata kita orang macam tu…” balas pula Daniel. Di tarik kerusi di sebelah Aina lalu didudukinya. Manakala Lokman berdiri tegak di sebelah Daniel sambil menarik riak wajah yang agak keruh.
            “Apa salahkah jadi Pengawal itu…hina ke? Ucap lagi Aina. Di pandang ke  arah wajah-wajah yang berada disampingnya itu.
            “Salahnya tidak…tapi.”
            “Tapi apanya Lokman? Aina mula memainkan peranan untuk memulakan perbualan mereka kali ini.
            “Kita orang bukannya sengaja berdiri dekat pintu kelas tu.” Jawap pula Daniel.
            “Aku tau perkara tu…tapi janganlah serius semacam aja…takut saya melihatnya tadi.” Aina menerangkan pokok pangkal kenapa dia menyatakan sedemikian rupa.  Lagipun itu adalah  langkah-langkah awal dia menarik perhatian kedua-dua rakannya itu datang kepadanya. Dia masak benar perangai Daniel dan Lokman. Tidak boleh di cabar. Pasti akan melenting.
            “Serius apanya?” ucap Lokman tegas.
            “Apa tidaknya…macam kucing hilang anak aku tengok engkau orang berdua tadi.” Aina terus menghentam. Ini membuatkan Lokman dan Daniel bertambah panas di dalam jiwa. Selama ini tiada seorangpun menyatakan begitu kepada mereka berdua.
            “Cakap jangan sebarang cakap…” geram lagi Lokman.
            “Okey-okey…aku tak sebut yang bukan-bukan lagi….aku mintak maaflah kalau kata-kata aku tadi menyinggung perasaan engkau orang berdua. Tiada niatpun dihatiku nak melakukan begitu.” Akhirnya Aina menyerah kalah. Dia tidak mahu memanjangkan keadaan yang boleh mengeruhkan keadaan. Dia tidak suka keadaaan begitu.
            Yang dia mahu keceriaan selalu hadir bila bersama-sama rakan-rakannya itu. Bila keceriaan selalu melekat pada diri kita, semua perkara yang dilakukan dirasakan mudah untuk diselesaikan.
            “Kami maafkan awak kali ini. Lain kali jangan ulangi lagi. Kami tidak suka…” balas Daniel untuk mengurangkan ketegangan. Dia juga tidak suka keadaan itu berlaku. Lokman juga begitu, dia kalau boleh tidak mahu perkara seperti itu berlaku kepada mereka.
            “Terima kasih kerana dapat memaafkan saya…saya janji tidak ulangi perkara begini di masa akan datang.” Lapang dada Aina bila kedua rakan rapatnya itu dapat memaafkan ketelanjuran kata-katanya sebentar tadi. Itu bukan manusia kalau tidak melakukan kesalahan. Lebih-lebih lagi kita yang masih kecil ini. Kurang ilmu dan tidak matang dalam pemikiran.
            “Kamu tidak risaukah Aina?” unsur Lokman tiba-tiba.
            “Risau…risau apanya?” terkejut Aina bila Lokman utarakan soalan begitu.
            “Kau tak rasa apa-apa Aina? Daniel pula bertanya.
            “Rasa apa? Risau apa?” Aina bertambah hairan dengan kedua-dua rakannya itu.
            “Kau betul-betul tak rasa apa-apa ni?” balas Lokman lagi.
            “Saya tak rasa apa-apa pun?” balas lagi Lokman.
            “Betul!”
            “Betul.” Balas lagi Aina. Di garu tepi dahinya sebelah kanan beberapa kali. Jenuh dia memikirkan apa yang sedang tersirat di dalam diri kedua rakannya itu. Tiba-tiba dia teringat akan anak penyu di dalam bangsal di pantai. Apakah perkara ini yang sedang difikirkan oleh kedua rakannya itu.
            ‘Aina tak rasa pelik ke malam ni…? Unsur lagi Lokman.
            “Pelik apanya…biasa aja saya lihat sekarang ni. Rakan –rakan kita yang lain semuanya ada di sini. Tidak seorangpun yang ponteng malam ini. Semuanya tahu tanggung-jawap pada diri masing-masing. Demi masa depan mereka.” Ulas Aina panjang lebar.
            “Itu aku tau Aina. Yang aku maksub…”
            “Apanya?” pintas lagi Aina.
            “Maksub kami tentang…?
            “Tentang apa? Pintas lagi Aina yang sengaja tidak memberi peluang untuk Daniel dan Lokman utarakan apa yang terpendam di dalam hati. Dia mahu meneka dulu apa yang sedang bermain di dalam hati kedua rakannya. Dia mahu melihat apakah sama apa yang difikirkan ketika ini.
            “Kau nak dengar kami cakap ke tidak ni?” geram Daniel bila melihat telatah Aina yang lain macam aja malam ni. Sudahlah di dalam hati masih kencang debarannya. Inikan pulak si Aina membuat perangai macam ni.
            “Naklah…kalau tak nak saya tak duduk depan awak berdua ni. Baiklah…beritahu apa yang kamu berdua nak cakap pada saya?” Aina membetulkan kedudukkan. Dia mahu mendengar apa yang dirisaukan oleh kedua rakanya itu.
            “Apa yang sepatutnya kita buat masa ini Aina?” Daniel memulakan bicaranya. Dia seolah-olah mahu bermain teka-teki dengannya. Di pandang ke wajah Aina dalam-dalam. Dia mahu Aina memikirkan apa yang sedang melanda dia dan Lokman. Dia mahu Aina sedar dari kelalaian malam ini. Aina yang seolah-olah tidak fokus pada hakikat kedatangan mereka ke sekolah mala mini.
            Aina mengerutkan wajahnya. Dia merasakan kedua rakannya sedang memikirkan perkara yang lain yang sedang bermain dalam fikirannya. Dia tidak dapat memberikan jawapan yang pasti kepada pertanyaan Daniel tadi.
            Baik dia buat-buat menyerah kalah sahaja. Lagipun dia tidak mahu kedua rakannya itu tahu apa yang sedang bermain dalam fikirannya. Itu mungkin boleh membuatkan kedua-duanya ketawa menyindir kepadanya.
            “Aku sebenarnya tidak fahamlah…apa sebenarnya kau mahu?” Aina cuba mengalihkan pokok perbualan. Dia mahu Daniel dan Lokman sendiri memberi jawapan kepada soalannya sendiri.
            “Apa kena dengan kau ni Aina?” Lokman mula melenting. Dia nampak sangat kelalaian rakannya itu. Di geleng-geleng kepalanya beberapa kali. Manakala Daniel mengeluh panjang.
            “Apa yang tidak kena dengan aku. Aku rasa tiada cacat-cela pada aku malam ini.” jawap Aina pantas.
            “Betul kau tak tau ni?” Daniel sudah mula menampakkan kebosanan.
            “Betul aku tidak tau apa yang sedang kamu berdua hendak sampaikan kepada aku. Cuba kamu berterus-terang saja. Kan senang begitu. Masapun tidak terbuang.” Ulas pula Aina. Dia tidak mahu mengalah kali ini.
            “Baiklah, biar aku cakapkan sahaja pada kamu. Kau sedar apa yang sedang berlaku di dalam kelas kita sekarang ini dan di dalam kelas yang lain.” Lokman memberi petunjuk awal untuk Aina.
            Aina mendengar keterangan Lokman itu. Otaknya mula beroperasi dengan pantasnya mencari jawapan yang paling tepat dan dapat memuaskan hati kedua rakannya itu. Dia mahu wajah kedua temannya itu kembali ceria. Ceria seperti selalunya.
            “Perbezaannya memang ada…” Aina mengangguk-anggukkan kepalanya. Otaknya terus berputar mencari sesuatu yang pasti.
            “Apa dianya?” pintas Daniel pula.
            “Betul jugaklah kamu berdua ni…” jawap Aina tergantung.
            “Betul apanya?” Lokman semakin geram dengan Aina. Dia merasakan Aina sengaja hendak mempermainkan dia dan Daniel. Di ramas-ramas jejari tangannya menahan perasaan yang sedang melanda dalam dirinya itu.
            “Yelah, aku sedar aku tersilap malam ini.”
            “Silap apanya?”
            Aina tersenyum. Ini membuatkan Daniel dan Lokman bertambah bengang.
            “Aku telah sedar…sepatutnya kita sekarang ini sedang belajar seperti mana yang sedang berlangsung di dalam kelas yang lain.” Jawap Aina tenang.
            “Sedarpun kamu Aina. Aku ingat masih di dalam mimpi.” Sindir Lokman tiba-tiba.
            Aina tersenyum lagi. Dia tidak sedikitpun terasa hati dengan kata-kata yang keluar dari bibir Lokman itu. Dia tidak mahu memanjangkan cerita. Cerita yang tidak penting langsung. Dia baru tersedar dari kelalaian yang agak panjang tadi.
            Baru dia terfikir tentang Cikgu Zainun. Cikgu yang sepatutnya memberi bimbingan di dalam kelas malam ini. Di tatap jam yang berada di tangan kirinya itu. Sudah empat puluh minit telah berlalu begitu sahaja. Dia merasakan ada sesuatu telah berlaku  kepada cikgu kesayangan mereka itu.
            Termenung seketika Aina. Daniel dan Lokman berbalas pandang melihat telatah Aina itu. Naik runsing bila melihat keadaan Aina itu.
            “Ke mana Cikgu Zainun sekarang ini?” tiba-tiba soalan itu muncul di bibir Aina. Daniel dan Lokman memandang ke  arah Aina. Mereka sedar yang Aina telah kembali di alam nyata.
            “Baru kau terasa ke?” soal lagi Daniel.
            “Maaflah…aku tadi syok betul berbual dengan Julia dan Yati. Aku jarang dapat berbual seperti itu tadi. Tambah pulak kena dengan topiknya.” Terang Aina jujur.
            “Baiklah, kita orang maafkan. Habis apa yang patut kita buat sekarang?” Lokman mula mengatur langkah yang patut mereka lakukan selepas ini.
            “Apa kata kita pergi jumpa Cikgu Raziman di dalam Kelas 6 Bestari. Kita tanya nombor telefon Cikgu Zainun daripadanya.” Unsur Aina tanpa ragu-ragu.
            “Bagus jugak cadangan kau tu. Tak terfikir pula soal itu dari tadi.” Jawap Lokman meniyakan cadangan Aina itu.
            Di luar kelas hujan mula turun dengan lebatnya. Dia menambahkan kerisauan mereka terhadap cikgu kesayangannya itu. Mereka tidak mahu apa-apa terjadi kepada cikgu Zainun. Tambahan pulak peperiksaan UPSR akan berlangsung dua bulan lagi. Mereka mesti belajar bersungguh-sungguh untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan itu nanti. Bimbingan Cikgu Zainun amat diperlukan oleh mereka seperti mana telah di terima oleh kakak-kakak mereka di tahun-tahun yang lepas.
            Semua kakak-kakak dan abang-abang yang dahulu mendapat bimbingan Cikgu Zainun memuji cikgu-cikgu yang ada di sekolah ini. Lebih-lebih lagi Cikgu Zainun, guru Bahasa Melayu yang telah diiktiraf sebagai guru cemerlang di peringkat Daerah.
            “Apa kita tunggu lagi. Jomlah, kita pergi jumpa Cikgu Raziman.” Unsur Aina lagi lalu bangun dari tempat duduknya.
            “Jomlah!” serentak Daniel dan Lokman setuju dengan cadangan Aina itu.
            Baru beberapa langkah mereka berjalan, tiba-tiba Pakcik Zul iaitu salah seorang Pengawal Keselamatan yang sedang bertugas malam ini muncul di depan pintu kelas.
            “Semua duduk di tempat masing-masing.”  Arah Pakcik  Zul tiba-tiba. Semua pelajar kelas 6 Arif memandang satu sama lain termasuklah Aina, Daniel dan Lokman. Selama ini tidak pernah Pakcik Zul atau mana-mana Pengawal Keselamatan datang seperti itu.
            Ini menambahkan lagi kerisauan tiga sekawan itu. Ini menguatkan lagi apa yang sedang bermain di dalam diri mereka kini. Mereka menarik nafas dalam-dalam. Di dalam fikiran mereka tidak mahu mendengar perkara-kara buruk malam ini.
            “Kalau semua sudah duduk di tempat masing-masing…pakcik nak umum sesuatu.” Terang lagi Pakcik Zul.
            “Tentang apa pakcik? Celah Julia pantas.
            “Tentang Cikgu kamu…Cikgu Zainun.” Jawap Pakcik Zul tanpa berselindung.
            “Kenapa dengan dia pakcik?” soal lagi Julia lagi. Daniel memandang Lokman. Kemudian Lokman memandang ke  arah Aina pula. Aina membantutkan diri. Dia mahu mendengar pengumuman seterusnya dari Pakcik Zul.
            “Dia tidak ada apa-apa.” Jawap Pakcik Zul.
            Semua pelajar tersenyum mendengar jawapan pakcik Zul itu.
            “Habis kenapa dia tidak muncul-muncul sampai sekarang ini?” Soal Aina tiba-tiba.
            “Inilah yang pakcik datang ni…yang sebenarnya Cikgu Zainun menyuruh pakcik beritahu kamu semua yang dia tidak boleh hadir malam ini. Dia pohon maaf kepada semua yang hadir malam ini.” Terang Pakcik Zul lebih jelas.
            “Kenapa Cikgu Zainun tak boleh datang pakcik?” Soal pula Daniel.
            “Dia ke hospital..”
            “Ke hospital! Buat apa dia ke sana malam-malam begini?” terkejut  Aina mendengar khabar yang tidak disangka-sangka itu. Ini tentu perkara yang serius berlaku kepada Cikgu Zainun. Kemalangankah dia? Atau apa-apa sahaja boleh berlaku. Hatinya mula rasa cemas tidak menentu.
            “Dia hantar anak bongsu ke hospital. Kena demam panas katanya.”
            “Ooo…begitu ceritanya. Baru kami semua faham.”Jawap pula Lokman. Aina pula tersenyum kembali. Lega rasa dihati mendengar berita terbaru itu.  Dalam  diam dia mendoakan agar anak Cikgu Zainun kembali sihat seperti biasa. Tambahan pulak anak bongsu Cikgu Zainun itu amat periang orangnya. Selalu juga Cikgu Zainun membawa bersama setiap kali kelas malam diadakan.
            “Kamu semua boleh balik sekarang.” Arah Pakcik Zul lagi.
            Hujan di luar semakin lebat. Masing-masing duduk diam. Masing-masing memeluk tubuh. Mungkin mula terasa sejuk. Bunyi guruh dan kilat bersilih ganti. Ini menambahkan kekecutan di hati masing.masing. Kelihatan ada yang sedang membaca surah-surah dari Kitab suci Al- Quran agar Allah menjauhkan mereka dari perkara-perkara buruk.
            Tiba-tiba Daniel menarik tangan Lokman. Hampir terjatuh Lokman bila diperlakukan begitu.
            “Kenapa kau ni Daniel?”
            “Aku risaulah keadaan sekarang ni.”
            “Risau apanya lagi?” desak Lokman lagi.
            “Aku nak tau jugak apa yang kau risaukan ni.” Cela Aina pula. Rupa-rupanya dia memasang telinga bila terlihat Lokman hampir terjatuh di tarik oleh Daniel tadi.
            “Kau tak risau ke?” ulang lagi Daniel.
            “Risau apanya lagi ni?
            “Kau betul-betul lupa ke?” tambah lagi Daniel. Di tatap seketika ke wajah Lokman dan Sofia. Dia mengharapkan rakan-rakannya itu menyedari satu perkara lagi yang harus di ambil tahu. Perkara yang amat penting bagi mereka.
            “Apa dianya Daniel?”
            “Di pantai…” jawap Daniel ringkas.
            “Di pantai… Ya Allah…” Lokman menepuk dahinya beberapa kali.
            “Anak penyu kita tu..” serentak Lokman dan Aina memekik. Kemudian menutup mulut masing-masing. Beberapa orang pelajar lain memandang sekilas ke  arah mereka bertiga. Di hati Lokman, Daniel dan Aina mengharapkan rakan-rakan yang lain tidak mengambil endah dengan apa yang terkeluar dari bibir Lokman dan Aina tadi. Itu rahsia besar mereka.
            Tiada orang lain yang harus tahu tentang itu. Jika itu terjadi, akan berlaku lebih banyak kesan-kesan yang tidak baik kepada anak penyu kesayangan mereka. Hujan di luar kelas semakin lebat. Kilat dan guruh bersilih ganti. Naik gerun bila melihat keadaan itu.

Entah macam mana keadaan anak penyu ketika ini. Tiga sekawan berdoa agar anak penyu berada di dalam keadaan yang baik.