1. Daripada
Anas bin Malik, apabila Nabi di timpa sesuatu bencana atau malapetaka maka
baginda membaca “Yaahayyuyanqayyum.
Birahmatika Astaghist” maksudnya “Wahai Allah yang maha hidup lagi berdiri
dengan sendiri dengan rahmatMu aku memohon pertolongan”
2. Menangislah
sepuas-puasnya dan lepaskan kesedihan. Sebab itu di dalam Islam, jika ada
masalah kita di suruh berkongsi dengan orang yang boleh dipercayai. Luahkan apa
yang terbuku di hati dengan tangisan kerana ia mampu meringankan beban. Sebab
itulah orang perempuan lebih panjang umurnya dan jarang sakit jantung kerana
air matanya. Dari air mata itu dilepaskan tekanan.
3. Nabi
juga ucapkan “Lailahaillallah” untuk
meredakan kesedihan.
4. Solat
hajat agar Allah redakan kesedihan.
5. Selalu
Nabi nasihatkan kepada orang yang sedang bersedih bertakwa kepada Allah dan
bersabar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan